Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kandungan Protein Dan Mineral Penting Dalam Kacang Gajus Bagus Untuk Diet

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Nak diet tapi tak tahu jenis kekacang yang sesuai? Ketahuilah bahawa kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.Malah, terdapat juga knadungan sodium dalam kuantiti yang kecil.

Menurut Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan USDA, kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana.., sumber *

Kandungan Protein Dan Mineral Penting Dalam Kacang Gajus Bagus Untuk Diet

Asal usul kacang gajus. Anacardium occidentale atau lebih dikenali sebagai kacang gajus adalah merupakan kekacang yang yang terdapat pada buah gajus. Tumbuhan ini berasal daripada Kawasan timur laut Brazil, namun disebabkan ianya boleh hidup di kawasan tropical seperti Afrika dan Asia.

Komponen botanical buah gajus terdiri daripada pseudo-fruit, atau buah yang berbentuk bujur dan seperti buah pear yang berwarna kuning. Ianya digelar pseudo-fruit kerana pembiakannya adalah bukan melalui bunga pokok gajus tetapi daripada batang bunga. Apabila masak, ia akan bertukar warna kepada merah dan dikenali pula sebagai cashew apple. Buah gajus yang sebenarnya ialah yang tumbuh dihujung pseudo-fruit dan berbentuk seperti buah pinggang dan di dalamnya terdapat biji benih. Secara amnya, biji benih ini dipanggil sebagai kacang gajus dan boleh dimakan, tetapi di dalam masa yang sama ianya adalah organ yang terlibat di dalam pembiakan pokok gajus.

Kandungan Protein Dan Mineral Penting Dalam Kacang Gajus Bagus Untuk Diet
Kandungan Protein Dan Mineral Penting Dalam Kacang Gajus Bagus Untuk Diet

Gambar-gambar di atas adalah rupa buah gajus di mana bijinya berada di luar. Buahnya rasa manis dan kelat sikit walau dah masak kuning. Masa kecik dulu rajin makan macam tu je.. petik dari pokok terus masuk mulut.😍😍

Kandungan Nutrien Dalam 100 Gram Kacang Gajus




Manfaat Kacang Gajus Untuk Kesihatan


1. Kesihatan otot dan saraf


Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.

Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.

2. Mengurangkan risiko diabetes


Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.

3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi


Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.


4. Meningkatkan sistem imun


Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.

Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.


5. Sumber serat yang baik


Setiap individu dewasa disarankan untuk mengambil sumber serat di dalam pemakanan seharian sebanyak 20-30g. Kacang gajus merupakan salah satu sumber makanan yang turut mengandungi kandungan serat yang signifikan. Cadangan pengambilan snek seperti kekacang adalah sebanyak segenggam di mana ia bersamaan dengan satu pertukaran lemak.

6. Membantu dalam mengawal berat badan


Kacang gajus yang kaya dengan sumber protein dan juga serat berfungsi dalam meningkatkan rasa kenyang (satiety) kepada individu. Sebuah kajian mencadangkan pengambilan sumber kekacang sebanyak segenggam sebagai sebahagian dalam diet seimbang perlu dipraktikkan bagi mengurangkan risiko obesity dan juga penyakit diabetes mellitus.

Semoga bermanfaat. Namun begitu walaupun kacang gajus ada banyak manfaatnya, kita juga perlu mendapatkan nasihat pakar untuk mengelakkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan tubuh badan. 

Rujukan:

1.harian metro

2. Diagnosa

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close