Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Solat Qasar Dan Jamak Takdim Maghrib Dan Isyak

Cara Solat Jamak Takdim Qasar Maghrib Dan Isyak. Islam itu mudah. Islam itu indah. Nak beribadah kat mana-mana asalkan diyakini kita dalam keadaan bersih dan berwuduk dan tempat solat pun bersih. Itu dah cukup. Nak tentukan arah kiblat pun di hujung jari je. Kat telefon semua boleh di cari. Insya Allah.. hidup diberkati dan dirahmati Allah walau di mana kita berada.

Dalam perkongsian kali ini, saya nak share cara solat jamak takdim dan qasar apabila kita bermusafir dengan tujuan yang baik. 



SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR UNTUK MUSAFIR


✅ Tempat yang ingin dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu.
✅ Mengetahui destinasi yang dituju.
✅ Musafir bukan untuk tujuan maksiat.


SYARAT SOLAT JAMAK

Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak taqdim/ takdim dan jamak takhir :

✅ Jamak Takdim bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor = Asar bawak ke Zohor) dan (Maghrib = Isyak bawak ke Maghrib).
✅ Jamak Takhir bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Asar dan Isyak

SOLAT QASAR

1. Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
2. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
3. Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
4. Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram
5. Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang.
6. Jika niat untuk tinggal di satu tempat empat hari / lebih, tak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim.

Sumber: DISINI

CARA SOLAT JAMAK TAKDIM QASAR MAGHRIB ISYAK


NIAT JAMAK TAKDIM MAGHRIB ISYAK

1. Lafaz niat untuk jamak takdim fardhu Maghrib

NIAT SOLAT JAMAK QASAR MAGHRIB ISYAK

Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.


Nota:

*Solat Maghrib tak boleh di qasar (dipendekkan). Hanya solat yang berjumlah 4 rakaat sahaja boleh di qasar.

2. Lafaz niat untuk jamak takdim qasar fardhu Isyak :


NIAT SOLAT JAMAK TAKDIM QASAR MAGHRIB ISYAK
Maksudnya : Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Cara menunaikan solat sama macam solat fardhu yang kita lakukan setiap hari.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close