Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Nasi Ayam Penyet Untuk Lunch

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Nasi Ayam Penyet Untuk Lunch. Masih cuti umum lagi pengganti cuti Krismas semalam yang jatuh pada hari Ahad. So, untuk sektor awam di Johor contohnya dia orang memang kerja macam biasa. Sebab hari Ahad bukanlah public holiday bagi mereka. Jadi banyak je kedai yang bukak hari ni, sebab sebahagian rakyat Johor ada yang bekerja. Saya pun tapau je nasi ayam penyet tu. Korang jangan tertipu. Hehe

Nasi Ayam Penyet Untuk Lunch

Beli nasi ayam penyet tak de pakej air ya. Air teh hijau tu saya beli kat warung tepi jalan. Sedap kaw air dia. Alhamdulillah.

Nasi Ayam Penyet Untuk Lunch

Nasi Ayam Penyet Untuk Lunch

Al kisah beli nasi ayam penyet bukan sebab malas nak masak tapi ada bahan tak cukup kat dapur kita. Maka kita mintak dapur orang masakkan. Berbagi rezeki orang kata..

Nasi Ayam Penyet Untuk Lunch

Air teh hijau penyegar tekak. Sedap je makan sambil hirup air yang sesedap rasa. Tak la manis sangat dan tak la tawar pulak kan... hihi

So, pada public holiday ni perbanyak aktiviti bermanfaat seperti mengemas, melipat kain baju atau cuci bilik air. Buat lah mana yang terlarat. 

Yang penting hidup tenang-tenang je. Tak mau stress, okay 👌
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments