Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rantai Tangan Terbaru Di Tahun 2023

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Rantai Tangan Terbaru Di Tahun 2023. Alhamdulillah.. Masih bernafas dan Allah bagi pinjam lagi usia hari ni untuk melihat dunia yang penuh tipu-tipu. Walau segalanya adalah pinjaman je, kita tak boleh berserah bulat-bulat pada takdir. Kita kena bangun bangkit dan berusaha setiap hari hinggalah mata tertutup. Walau sekadar pinjaman dari Allah.. seharusnya kita kongsikan pinjaman tersebut kepada sesiapa yang memerlukan. 
Rantai Tangan Terbaru Di Tahun 2023

Haa.. Rantai tangan donat oval namanya. Emas 916 merupakan antara emas fesyen yang terbaik untuk dijadikan pelaburan jangka panjang. Sebab apa jangka panjang.. sebab harga atau turun naik emas bukan hari ni esok lusa dah naik beratus ringgit. Memang boleh jual balik tapi masih rugi la. Tapi jika korang kesempitan wang boleh je jual balik. Masih ada nilai yang boleh digunakan dengan segera.

Rantai tangan donat oval ni saya beli pada harga RM5,346 65, dengan kadar berat 19.27 gram. Harga sudah termasuk upah ya..

Rantai Tangan Terbaru Di Tahun 2023

Rantai Tangan (RT) terbaru beli yang bentuk donat oval tu. Simple tapi cantik pada citarasa saya. Lebar dia 1.3cm. 

Rantai Tangan Terbaru Di Tahun 2023

Rantai Tangan Terbaru Di Tahun 2023

Dapat juga diary yang tebal dan amat cantik. Boleh rekod journey saya berusaha kumpul duit untuk beli emas. Hmm.. cita-cita dan impian nak bukak kedai emas. Oleh kerana ia belum jaei kenyataan.. kita berangan dulu invest emas untuk kegunaan masa depan.

Kenapa saya suka beli barang kemas yang berat sederhana je, saiz tak kecil dan tak besar sangat? Supaya.. ia mudah dipakai ke mana saja walau ketika sedang bekerja. Tak la rasa berat nanti kan?

Ada juga saya beli barang kemas yang beratnya 40 gram ke atas tetapi ia sesuai dipakai sesekali iaitu ketika ke majlis perkahwinan. Untuk emas kegunaan harian, lebih mudah jika memakai barang kemas yang ringan je.. ,😁😁

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close