Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bacalah Doa Ini Apabila Terlupa

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Bacalah Doa Ini Apabila Terlupa. Doa Apabila Terlupa Ini Amat Berguna Ketika Peperiksaan. Kalau dah lupa memang menggerunkan, terutama apabila kita terlupa sesuatu yang amat penting dalam hidup kita. Tetapi ada satu keadaan di mana terlupa amatlah menyakitkan iaitu keyika dalam dewan peperiksaan. Dah la sekarang anak-anak sedang menduduki peperiksaan besar seperti SPM. Maka diharapkan doa bila terlupa yang saya kongsikan di bawah dapat dimanfaatkan.

Secara umumnya doa ini boleh digunakan dan dibaca bila kita terlupa apa saja benda, contohnya meletak kunci, lupa di mana buku bacaan, terlupa meletakkan peralatan menukang rumah dan sebagainya.

Doa Apabila Terlupa Amat Berguna Ketika Peperiksaan

Doa dalam rumi;

Subhanamallaa yanaamu walaayashuu
Allahumma zakkirni maa nasiitu

Maksudnya;

Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.

Bacalah diwaktu kamu terlupa akan ilmu yang dipelajari, jawapan kepada soalan peperiksaan yang pernah dibaca tetapi terlupa.

Insya Allah, Dia akan membantu hambaNya yang memerlukan pertolongan.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close