Baca : GAMBAR LOKASI ....
![Kek Butter Pelangi Sedap Dimakan Bila-Bila Masa Kek Butter Pelangi Sedap Dimakan Bila-Bila Masa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUiAyICrphb2zmNcm6cRNbx34GxjycNdZGei1W-kJsrtnRg3NpXIyzgIzqfbHG_6fLhyvAdn7Hbd5Ms2B7x32xIxPQTFkmRfq_YU1GXnuRasyfKA5jZhgOj1uqB9tdD23ez3kXz7alsjl-2POfZCgBXmC4EpUgkGw4LDNoUl7jxDF6XDHZ2m0hhWpp/w400-h400/IMG_20230307_220111.jpg)
KEK BUTTER PELANGI YANG SEDAP
Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum }
1 sudu kecil baking powder } ayak
Pewarna yang digemari - tentulah warna warna pelangi
Cara-cara;
Mix butter + gula hingga gebu
Masukkan telur satu persatu
Masukkan esen vanilla + susu pekat , gaul sebati.
Masukkan tepung + baking powder yg diayak tadi ( kaup balik jerr)
Bahagikan kpd 2 @ 3 adunan & boh pewarna ikut citarasa..
Ambil satu senduk setiap adunan @ selang selikan ke dalam loyang sehingga habis..
Bakar suhu 170°c 45 - 1 jam @ sehingga masak.
Selamat mencuba kek butter pelangi yang sedap dan langkah-langkah nak buat pun sesiapa boleh cuba. Kek butter pelangi biasanya kita orang buat time malam raya. Sebagai tambahan kuih raya yang memang dah banyak atas meja. Orang tua-tua suka makan kek butter pelangi berbanding kuih raya yang warna warni dan rupa. Betul tak?
Sumber; Nor Aliza Mohamed
![](https://www.klikjer.com/members/media/banners/4jbh.gif)
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.