Makanan yang biasa dipilih jika nak kawal makan tentulah makanan yang menyihatkan, agar ia sesuai dengan keperluan tubuh badan kita. Antaranya adalah makanan yang berkhasiat, cukup protein, mengandungi sayuran dan buah-buahan, dan banyak lagi.

Tips Kawal Makan
1. Buat Jadual Makan
Ini memang betul. Jika nak kawal makan, kena buat jadual. Kena ada waktu bila dan berapa kali kita makan. Makan pun macam belajar tau, kena ada jadual yang ketat jika nak berjaya.
2. Create Meal Plan
Meal plan atau pelan makanan harus kena ada jika nak kawal makan. Dalam meal plan itu, masukkan makanan yang berkhasiat, sesuai untuk waktu yang ditetapkan. Pastikan pelan pemakanan tersebut bersifat fleksibel dan mengembirakan anda mengamalkannya.
3. Minum Air Masak
Minum air masak banyak-banyak boleh mengawal makan disebabkan perut cepat kenyang bila kita banyak minum air putih. Bukan minum air sirap atau teh tarik ya.. itu makin kuat makan la jawabnya!
4. Banyakkan Makan Buah Dan Sayur
Sebagai ganti perut yang kuat makan dan sentiasa lapar, apa kata gantikan rutin tersebut dengan kerap makan buah dan sayur-sayuran. Sayur-sayuran hijau amatlah digalakkan, termasuklah salad yang menyihatkan.
5. Set Target
Akhir sekali, tips nak kawal makan boleh juga dengan menggunakan satu target iaitu berapa kali makan, nak makan apa dan jenis makanan yang bagaimana yang sesuai di masukkan dalam target anda itu. Jika anda target nak makan nasi hanya pada hujung minggu, maka patuhilah target anda itu.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.