Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H/ 2023 Kepada Semua

Selamat Menyambut Aidiladha 1444H Kepada Semua. Kepada semua..  seronok nak sama-sama meraikan pengorbanan kita yang berkorban dengan binatang sembelihan dan juga sahabat-sahabat kita yang berkorban jiwa dan raga menunaikan haji di Mekah. Alhamdulillah kerana kita masih diizinkan bernafas lagi hari ini. Nikmat TuhanMu yang manakah nak Engkau dustakan? Tahniah kepada umat Islam di Malaysia yang terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini 2023.Jaga kesihatan, jaga iman.. terutamanya ketika melakukan ibadah. Kesabaran kena pada tahap tertinggi. Okay..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H/ 2023 Kepada Semua

Dalam menjelang perayaan aidiladha ini, ada banyak amalan dan perkara sunat yang kita boleh lakukan, contohnya seperti melebarkan salam dan ucapan Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia, mengingati kebesaran Allah dan Rasulnya dan melakukan ibadah korban samada untuk bersedekah atau korban untuk keluarga sendiri. Lebihkan juga bertasbih dan bertakbir dan bertahmid tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H Kepada Semua 


Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun akan diraikan tahun ini pada 29 Jun 2023 di negara kita.

Ucapan Selamat Menyambut Aidiladha 1444H Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia

"Saat berderai jatuh, titisan airmata Ibrahim, melihat keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung.. Erti Sebuah Pengorbanan. SALAM AIDILADHA."

Kami mengucapkan salam aidiladha kepada pembaca tersayang di blog ini. Semoga kita semua dapat mengambil inspirasi dari cerita dan kisah pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang kita muliakan.

Aidiladha bukan sekadar meraikan kegembiraan malahan disebaliknya untuk kita menginsafi golongan yang kurang bernasib baik lantas kita sama-sama mengeluarkan sebahagian harta yang kita mampu dan membantu mereka yang memerlukan.

Sunat melakukan ibadat korban,

Dalam al Quran surah al Hajj, ayat 37..
(Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keridaan Allah) tidak dapat diterima di sisi-Nya (tetapi ketakwaan daripada kalianlah yang dapat mencapai keridaan-Nya) yaitu yang dapat sampai kepada-Nya hanyalah amal saleh yang ikhlas disertai iman. (Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya) yakni atas petunjuk-Nya yang telah membimbing kalian sehingga dapat mengetahui pertanda-pertanda agama dan manasik-manasik haji-Nya. (Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik) iaitu orang-orang yang mentauhidkan Allah.

Salam aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close