Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu?

2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu? Selalu kita tertanya-tanya tentang marhalah ni bila kena outstation dan nak kena jaga solat fardhu. Begitu juga bila balik kampung yang jauh merentasi negeri. Jadi, dalam perkongsian dalam blog ini, kita beri pencerahan berdasarkan ceramah Ustaz Azhar Idrus. 

2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu?
Gambar hiasan


2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu?


Jawapan:


1. Yang ditulis dalam hadis bukan kilometer, bukan dengan batu. Tapi dengan marhalah. Jadi, dua marhalah namanya.

Dan dua marhalah nak kira macam mana sekarang?

2. Ulama-ulama tolong sukat dah, tolong convert jadi sukatan baru. Sekarang kita guna kilometer.

Beberapa orang ulama termasuk bekas mufti Mesir, ulama Syria & Dr. Wahbah al-Zuhaili ada ukur di zaman moden ni. 

3. 2 marhalah bersamaan lebih kurang 90 kilometer. 89.988 kilometer. Lebih kurang. Dan ukuran yang paling pendek ialah lebih kurang 81 kilometer.

Jadi, jarak antara 80-90 kilometer tu lah 2 marhalah. Faham.. kan?

Kesimpulan:


Jadi, tak ada tahdid. Tak ada keputusan yang tepat. Lebih kurang antara 80 hingga 90 kilometer. Antara dalam 50 - 56 batu. Lebih-lebih kurang.

Maksudnya, jarak dua (2) marhalah itu ulama' berbeza pendapat, ada yang mengatakan 48 batu, ada yang mengatakan 52 batu dan ada pendapat 60 batu. Salah satu pendapat bolehlah kita pegang.

Nota;


(1 batu = 1.55 km. dan 52 batu x 1.55 km = 80.64 km, menurut mesin kira canggih)

SUMBER 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments