Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes

Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes. Sarapan apa hari ni uols? Kami breakfast beli je, benda dah ada depan mata. Tak perlu susah payah bangun pagi. Start kereta jap dah boleh dapat sarapan menu pantai timur. Kalau nak ikut nafsu, memacam nak dibeli. Tapi ingat balik, nanti tengahari nak kena makan lagi. Hehe..

Menu hasil masak di dapur orang hari ni adalah kuih lopes dengan nasi kerabu. Lain-lain ada juga beli karipap sardin dan kuih gendang kasturi @ kuih kacang. 

Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes

Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes

Dalam cuaca panas pagi, sempat juga beli teh ais lava, manis giler. Maka kita orang campur dengan air sejuk lagi sampai hilang manisnya. Hehe..

Nak komen sikit pasal nasi kerabunya. Rasa tawar sikit dan tak terasa cili pedasnya. Nasib baik ada ayam seketul yang digoreng.. boleh lah buat perasa kepada nasi kerabu tu. Mungkin lupa letak garam pada sos budu dia tu.. Lain kali saya akan bagi feedback kat seller tu.

Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes

Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes

Inilah nasi kerabu dan kuih lopes yang dibeli tadi. Keseluruhan makanan yang dibeli tadi kategori sederhana je rasanya. Mungkin boleh diperbaiki lain kali.

Bagi korang jika mengalami situasi begini, apa akan dilakukan? Adakah buang terus nasi kerabu tu tapi makan ayamnya. Atau anda make over sendiri? En suami dia makan dengan kicap. Hihi.. habis juga nasi tu.

Walau apa pun, jika berniaga hendaklah rasa dulu segala bahan dan sos yang nak di buat jualan. Itu amanah tau, jika tidak rezeki tak berkat. Dalam kes kami, kami dah lepaskan.. bukan rezeki nak makan nasi kerabu yang sedap 😁

Okay dah, bebelan hari ni, Bye!

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments