Beli Tudung Jenama Arasyi Yang Wangi


Saya beli warna peach rasanya.. haha, dah lupa. Packaging nya masya Allah, sangat eksklusif, dalam kotak dan dilipat rapi di dalam plastik bag yang comel. Di hujung bucu tudung, ada label Arasyi yang digam dan dijahit kemas. Kainnya amat wangi dan lembut selepas di gosok.

Yes, ia adalah tudung yang saiz lebar iaitu bidang 50. Nak buat gaya mana pun sesuai sebab kainnya mudah dibentuk.
Lagi satu, kain tudung Arasyi ni tak berbulu walau dah dipakai beberapa kali.
So, kalau korang nak cuba pakai tudung yang wangi, boleh lah beli Arasyi. Saya beli kat tiktok shop je, tekan tekan dah dapat. Beli pada harga promosi memang berbaloi.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.