Oleh sebab nak makan menu "eat clean" atau menu sihat, kita bakarkan ikan siakap tu berbanding goreng.

Cara Bakar Ikan Siakap Guna Air Fryer
Sebenarnya mudah je nak guna air fryer dan diguna untuk bakar ikan. Pakai tekan-tekan dah boleh guna.
Mula-mula perap ikan siakap dengan bahan perapan selama 1 jam dan lebih. Biar bahan perapan meresap masuk ke dalam isi ikan.
Bahan perapan boleh dibuat sendiri atau beli yang dah siap, ada banyak di jual di Mydin dan juga lain-lain supermarket.
Kemudian, set kan air fryer seperti berikut:-
Suhu = 180 darjah - 200 darjah celsius
Masa = 30 minit
Bila masa dah 20 minit, terbalikkan ikan tu. Maksudnya atas dan bawah masak sekata.
Kemudian sambung bakar sampai 30 minit. Okay 👌

Tip masak guna air fryer memang macam tu. Korang kena terbalik kan masakan yang sedang di bakar dalam air fryer. Barulah masakan jadi sedap.
Selamat mencuba.

Nampak sedapnyer
ReplyDeleteMemang sedap WP
Delete