PV Aynorablogs Dah Lebih 53 Juta Dalam Tahun 2024
Pageview (PV) sesebuah blog memang penting ya untuk dijadikan ukuran samada blog tersebut masih releven atau sebaliknya.
Cuba rujuk gambar yang saya sertakan di bawah. Ia diambil dari blogger.com yang menjadi medium secara langsung saya berblog. Setakat artikel ini ditulis, PV blog dah cecah 53,950,987 (dah berjuta tu..). Berapa lama ya data dikumpulkan? Data diambil dari tahun 2011, bulan November. Anggaran 13 tahun. Dan, masih lagi menulis. Saya masih berkongsi tulisan bermanfaat dengan anggaran satu hari satu entry. Sebulan dapatlah buat 25 - 30 posting.
Daripada rekod blogger.com, entry berkaitan ucapan hari jadi dan selamat hari lahir menerima paling banyak pembaca iaitu dah cecah 1.7 juta. Memang kita pun suka menerima ucapan yang baik-baik, kan? Jadi, kalau korang nak cari contoh ucapan hari lahir boleh lah klik pada artikel berkaitan.
Secara ringkasnya, jika kita nak konsisten menulis blog.. tulis lah setiap hari. Boleh juga selang sehari, itu pun kalau you all busy sangat.
Kemudian, tulis lah berkaitan info yang betul dan berdasarkan fakta. Jangan sesekali menulis fitnah, gosip atau sesuatu yang membuka aib atau aurat orang lain. Elakkan itu ya..
Semoga dipermudahkan segala urusan kita.



Alhamdulillah
ReplyDeleteBlog hebat
Tahniahnya