Mari kita lihat penjelasan di bawah dan ia bacaan yang amat bagus bagi anda yang nak memulakan diet telur rebus dalam masa terdekat ni..

Telur Rebus Bagus Untuk Diet?
Telur rebus mengandungi SUMBER PROTEIN BERKUALITI TINGGI. Protein amat diperlukan oleh tubuh ketika kita berusaha untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan pengambilan kabohidrat dan gula. Protein sangat penting untuk kesihatan kita, termasuklah untuk membina otot dan tulang dan menghasilkan hormon dan enzim.
![]() |
| Rujukan : hellodoktor.com |
Telur menyediakan kira-kira 6 gram protein berkualiti tinggi. Sebenarnya, telur adalah salah satu sumber protein terbaik yang boleh di makan.
Ini disebabkan sifat proteinnya yang lengkap – telur mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Jadi tak hairanlah mengapa pengamal diet mengambil telur rebus sebagai sajian protein utama mereka.

Berapa biji pengambilan telur dalam satu hidangan?
Tetapi bagi mereka yang mempunyai diabetes, kadar pemakanan 7 biji seminggu mungkin boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengenal pasti risikonya.
Telur yang telah diperkaya dengan omega-3 dan berasal daripada ladang ternak bebas adalah pilihan yang paling sihat.
Jika anda sukakan sumber protein ini tetapi tidak mahu kandungan kolesterolnya yang tinggi, anda boleh mengelakkan kuning telur.
Semoga bermanfaat.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.