Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jemput-Jemput Bawang Kegemaran Kami

Jemput-Jemput Bawang Kegemaran Kami. Tak jemu dengan sarapan legend turun temurun ni iaitu jemput-jemput bawang. Lepas tu buat rangup-rangup dan makan cicah sos atau sambal kicap. Memang syiok kan..

Semua orang ada cara sendiri nak buat jemput-jemput bawang, kan? Nak tahu cara kami? Jomlah cuba, korang pasti suka.

Jemput-Jemput Bawang Kegemaran Kami

Jemput-Jemput Bawang Kegemaran Kami

Resepi Jemput-Jemput Bawang Kegemaran Kami


Bahan-bahan;

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 biji bawang besar dihiris
1 sudu kecil baking powder
3 tangkai Cili padi  dihiris
1 biji kentang - hiris dadu
2 tangkai daun sup - hiris halus
1 biji telur
Air garam secukupnya
2 tangkai cili hidup di hiris
Daun sup dihiris, secukupnya

Jemput-Jemput Bawang Kegemaran Kami

Cara Penyediaan Jemput-Jemput Bawang 




1. Campurkan semua bahan hiris dalam satu bekas. 

2. Kemudian masukkan tepung beras, tepung gandum dan baking powder ke dalam bekas tersebut. Gaulkan rata-rata.

3  Pecahkan telur. Kacau lagi semua bahan dan kemudian tuang sedikit demi sedikit air garam hingga adunan menjadi doh yang sederhana cair.

4. Goreng dalam minyak terendam (minyak penuh). Biarkan hingga warna coklat keperangan.

5. Dah siap, boleh dimakan dengan cicah sos cili atau sambal kicap.

Selamat mencuba.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close