Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor. Hari sabtu adalah hari saya membelai pokok bunga di laman kecilku. Jika dahulu laman kecil saya dipenuhi pokok plastik, kini tidak lagi. Hampir 3 tahun saya buang semua pokok plastik saya dan gantikan dengan pokok hidup. Yang bahagianya, semua pokok yang ditanam tumbuh rendang, ada yang berbunga cantik, dan ada yang berbuah. Alhamdulillah.


Pokok indoor saya yang saiz besar ini sudah ada 4 pasu semuanya. Ada pokok palma di hujung sekali. Yang lagi dua pokok tu, saya lupa namanya.. hehe
Hari ini saya nak tambah lagi pokok bunga indoor saya, iaitu pokok money plant. Ia amat sesuai di tanam di kawasan berbumbung dan tak perlukan penjagaan sangat untuk hidup.

Pokok money plant ni saya beli pada harga RM35. Siap dengan pasu sekali. Saya beli yang sederhana tingginya agar sesuai dengan saiz pokok indoor yang lainnya.
Sampai di rumah, saya tukar pasu dan tambah dengan tanah hitam dan tanah sawit. Tak lupa saya letak baja / vitamin tanah untuk pokok hidup subur dan berkembang biak.

Semoga kita semua terus menerapkan kawasan tempat tinggal yang tenang, damai dan segar sebagai terapi harian setelah sibuk bekerja.
Pada mulanya saya menyangka, tangan saya tak ada skill bertanam, tetapi rupanya segala usaha akan berhasil jika kita melakukannya dengan ilmu yang cukup.
Selamat berkebun kawan-kawan..



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.