Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Tinggalkan Zikir - Allahuma in naka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni Di Bulan Ramadan

Jangan Tinggalkan Zikir Ini Sepanjang Bulan Ramadan. Zikir yang mesti di ulang-ulang sehingga engkau boleh menitis air mata kerananya. Bangun tidur tengah malam pun boleh baca, nak tidur pun boleh baca. 

Dalam keadaan kita berpuasa dan berada di dalam bulan ramadhan, doa-doa kita mudah dimakbulkan. Maka doa dan zikir mana lagi yang nak diulang banyak kali melainkan memohon Allah ampunkan dosa- dosa kita. 

Jangan Tinggalkan Zikir Ini Sepanjang Bulan Ramadan

Zikir dalam rumi :

Allahuma in naka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni

Maksudnya:

Ya Allah, Engkau adalah zat yang menyukai kemaafan, oleh itu maafkanlah kami.
 
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: 

“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan."

Melihat kepada hadith di atas, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah SWT. Tambahan pula, Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan. Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT perlu mengambil kesempatan ini dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber :

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close