Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Som Som Sagu Yang Pasti Sedap Sukatan Cawan

Resepi Sum Sum Sagu /Kanji Sum Sum. Kombinasi resepi nak buat bubur sum sum dengan kuih sagu. Sedap sangat, nak buat pun senang. Dan yang pasti ianya sedap. Jom kita buat, dengan hanya sukatan cawan. Mak kita dulu buat kek atau kuih muih pun sukat guna cawan je. Sedap dan lazat kejadiannya. So, marilah kita memasak kuih sum sum sagu ni dengan sukatan cawan.

Resepi Som Som Sagu Yang Pasti Sedap Sukatan Cawan

Resepi Som Som Sagu Yang Pasti Sedap Sukatan Cawan

Resepi Som Som Sagu Yang Pasti Sedap Sukatan Cawan


A. BAHAN SAGU:

1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-Caranya:

~masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
~keluarkan pandan
~masukkan sagu
~kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
~tuang sagu ke dalam bekas kecil
~ kukus selama 15min sehingga sagu jernih
~sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
dengan menambah sukatan air
opah x nk lembik sgt jd opah kukus..

B. BAHAN KANJI SOM~SOM

1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
garam secukup rasa

CARANYA

~satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
~masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
~tuang adunan ke atas sagu
~sejukkan

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

C. BAHAN AIR GULA

1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/ melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul

CARANYA

~satukan semua bahan
~masak api sederhana hingga mendidih
~tapis dan sejukkan
~siap

SELAMAT MENCUBA

Kredit resepi Mas Cotek

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments