Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Apakah Hari Dibolehkan Bekerja Dari Rumah Mulai 15 April 2026 Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Konflik Asia Barat

MOST POPULAR >>>>

Apakah Hari Dibolehkan Bekerja Dari Rumah Mulai 15 April 2026 Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Konflik Asia Barat

Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Konflik Asia Barat. Ia mula dikuatkuasakan pada 15 April 2026, sehingga suatu waktu yang akan diberitahu kelak. 

Hari BDR bagi setiap negeri adalah seperti berikut:

1. Hari Kelepasan mingguan hari Ahad - BDR adalah pada selasa hingga khamis secara separuh hari. TIDAK DIBENARKAN BDR pada Isnin dan Jumaat.

2. Hari Kelepasan Mingguan hari Jumaat - BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara separuh hari. TIDAK DIBENARKAN BDR pada hari Ahad dan Khamis.

Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Bagi Perkhidmatan Awam Bwrikutan Konflik Asia Barat

Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Konflik Asia Barat


Di bawah ini adalah kandungan dan pencerahan surat edaran bekerja dari rumah (BDR). 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗙𝗟𝗜𝗞 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗧

1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah (BDR) telah memperuntukkan dasar, syarat dan peraturan BDR. 

2. Berikutan konflik yang berlaku di Asia Barat, Kerajaan telah bersetuju supaya pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk melaksanakan BDR secara berperingkat sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global.

3. Pelaksanaan BDR Konflik Asia Barat adalah berdasarkan PPSM Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah dengan ketetapan syarat-syarat khas seperti berikut:

a) Pegawai hendaklah memenuhi dua (2) syarat seperti berikut:

* pegawai yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor 
* semua ibu negeri.

b) jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi 8 kilometer.

4. Sektor Dikecualikan dari BDR ialah Keselamatan dan Pertahanan, Kesihatan dan Pendidikan.

5. Bagi negeri-negeri di mana Hari Kelepasan Mingguan (HKM) adalah hari Ahad, BDR adalah pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari.  (Tidak dibenarkan BDR pada Isnin dan Jumaat)

6. Bagi negeri-negeri di mana HKM pada hari Jumaat  (Kedah, Kelantan, Terengganu), BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara sepenuh hari. (Tidak dibenarkan BDR pada Ahad dan Khamis)

7. Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah Rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja. 

8. Pegawai dikehendaki menggunakan SPOT-Me yang membolehkan perekodan kehadiran pegawai melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah.

10. Pegawai hendaklah mendaftar masuk dalam SPOT-Me setiap satu (1) jam dan Ketua Jabatan hendaklah memantau keberadaan pegawai. 

11. Ketua Jabatan perlu mengenal pasti output bagi setiap pegawai yang BDR dan hendaklah menyemak serta mengesahkan secara berkala sasaran kerja dan output yang telah ditetapkan. 

12  Pelaksanaan BDR Konflik Asia Barat ini berkuat kuasa mulai 15 April 2026.


2. sumber 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post OLDER «
Advertisement