Doa Khusus Untuk Orang Yang Bermusafir. Doa ada bermacam jenis dan isinya. Asalkan kita berdoa memohon kebaikan diri sendiri dan orang lain, itu sudah cukup baik. Usah mendoakan kejahatan kepada orang lain, kerana itu tugas Allah untuk memberikan balasan kepada mereka sesuai dengan perbuatan mereka. Kecuali kepada pihak yang terang-terang melakukan kezaliman kepada kaum muslimin, kita boleh bacakan doa Qunut Nazilah!


Baca juga - Pesanan Untuk Orang Yang Nak Bermusafir. Share kepada ramai orang agar manfaatnya lebih luas. Thank you 🥰
Doa Bermusafir
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ كَبَّرَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ
Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir,
- Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali,
- kemudian membaca:
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar dipermudahkan permusafiran ini dan Engkau lipatkanlah jaraknya (dekatkan jaraknya supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah peneman ketika permusafiran ini dan penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung dengan-Mu agar Engkau peliharalah daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan daripada kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” - (HR Muslim No:1342) Status: Hadis Sahih
Pengajaran dan hikmah dari doa bermusafir
1. Rasulullah mengajar adab ketika kita melakukan permusafiran atau perjalanan dengan membaca doa dan zikir memohon perlindungan Allah.
2. Imam Nawawi berkata: berdasarkan hadis ini, sunat memulakan permusafiran atau perjalanan dengan membaca doa ini di samping membanyakkan zikir dan doa agar dipermudahkan permusafiran. Antara doa bermusafir:
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ
3. Imam al-Baidhawi menyatakan, hadis ini adalah doa bagi tujuan memohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan dan daripada kepulangan yang buruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga (seperti kerosakan atau kematian).” [Lihat: Tuhfah al-Abrar, 95/2]
4. Syeikh al-Sa’di menyatakan: Di dalam doa ini terkandung permohonan agar dilindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan, juga dijauhkan daripada perkara yang menyedihkan. Selain itu juga, memohon agar Allah SWT menjaga baginya setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini daripada ahli keluarga serta harta. [Lihat: Bahjah al-Qulub, 197]
5. Hadis ini menunjukkan bahawa Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan, termasuk ketika bermusafir. Doa ini bukan sahaja memohon keselamatan perjalanan, tetapi juga menanam kesedaran bahawa kehidupan ini adalah satu perjalanan menuju Allah SWT.
Doa merupakan senjata dan kekuatan orang beriman. Setiap kita memerlukan doa agar setiap perkara yang dilakukan dipelihara oleh Allah SWT. Bagi yang akan bermusafir seperti untuk menunaikan ibadat haji, umrah, juga pergi bertugas di luar daerah, jangan lupa untuk membaca doa ini.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan kita panduan doa bermusafir agar perjalanan kita itu mendapat restu dan ada berkat di dalamnya.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.