Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Aynorablogs [dot] Com Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026

Aynorablogs Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026. Secara serius berblog dari tahun 2011, bermakna sudah 15 tahun saya serius berblog dengan www.aynorablogs.com. Tentulah banyak jatuh bangun dan pengalaman pahit manis dilalui melalui dunia penulisan dari medium blog. Dulu nak buat blog pun tak pandai, tulis asalkan ada dan kadang-kadang post kita itu pun tak bernilai apa-apa. Tiada manfaat langsung. Masa tu tak ada pengalaman dan kesedaran sangat tentang tanggungjawab seorang blogger. 

Bila saya dah tambah ilmu berblog, etikanya, pantang larang, dan macam-macam lagi.. saya jadi lebih berhemah dalam menulis dan menerbitkan post di blog atau dunia maya. Tak semua boleh ditulis di media sosial. Tak semua perkara baik pada kita pun baik juga dalam medium yang luas. Jadi saya mula belajar berhati-hati dalam menulis.

Aynorablogs.Com Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026


Dalam kita berhati-hati pun, ada beberapa artikel saya kena 'take down' oleh Blogger. Entri yang banyak PV pulak tu, tak nak buang masa, saya delete je entri tersebut.

Ada pernah juga blog saya di godam oleh hacker. Tetapi alhamdulillah, dapat di pulihkan semula.

Logo Blog Terkini Aynorablogs [dot] Com. 


Sudah beberapa kali saya tukar logo blog. Bukannya rasa bosan, tetapi saya selalunya mahukan sesuatu yang simple dan fresh!   

Aynorablogs Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026
Header blog tahun 2026

Aynorablogs Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026
Header blog tahun 2017

Aynorablogs telah beberapa kali tukar header blog mengikut kesesuaian warna blog, niche blog dan sebagainya. Akhirnya saya berpendapat warna hijau dan kuning gold amat sesuai melambangkan tagline, "Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini."

Publish 5,089 Artikel Setakat April 2026


Setakat bulan April 2026, saya telah menghasilkan lebih 5,000 artikel di dalam blog ini. Alhamdulillah.. so far saya tak pernah lagi mengalami "mental block" dalam dunia penulisan di blog. Cuma yang tebal dalam diri adalah rasa MALAS.

Jika saya kekurangan idea atau bahan untuk ditulis, saya akan buat draf tulisan dahulu sedikit demi sedikit hinggalah entry itu dapat dipublish kepada pembaca.

Aynorablogs Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026

Kebanyakan artikel yang dihasilkan lebih menjurus kepada perkongsian ilmu kebaikan seperti tazkirah, himpunan doa, renungan. Ada juga daripada minat wanita iaitu resepi, petua dan tips sihat. Tak lupa juga saya menulis dalam label motivasi. Inilah kemampuan dan keupayaan saya dimana saya menulis dari niche "wanita dan keluarga". Tagline blog saya adalah, INFO TEPAT DENGAN LIFESTYLE TERKINI.

Secara puratanya saya menghasilkan 1 entri sehari. Itulah kesinambungan yang saya lakukan setiap hari. Dan, saya juga akan pastikan setiap tulisan yang dipublishkan menepati ciri-ciri SEO agar ia sentiasa relevan dalam setiap masa.

Jumlah Pageview Cecah 57 Juta Setakat April 2026 


Setakat artikel ini ditulis, jumlah PV dah cecah 57 juta. Tak sangka pula saya boleh merasai jumlah pageview yang berjuta-juta selama dekat 15 tahun mengendalikan blog ini. Namun saya faham dan yakin bahawa blog ini tidak akan bertahan sejauh ini jika tiada pembaca setianya. Jika anda yang terbaca ulasan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih atas budi dan jasa anda yang menyokong aynorablogs samada dalam keadaan yang saya tahu atau sebaliknya.
Aynorablogs Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026
PV blog Selama setahun, cecah 1.21 juta

Aynorablogs Sudah Publish 5,089 Artikel Dengan Lebih 57 Juta Pageview Setakat April 2026
PV blog sepanjang 15 tahun

Dengan kerjasama dua hala ini iaitu blogger dan pembaca.. maka terhasillah jumlah pageview yang berjuta jumlahnya.

Semoga sedikit coretan tentang blog dapat memberikan gambaran kepada pembaca di luar sana yang sentiasa mengikuti perkembangan aynorablogs. Terima kasih...

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments