Amaran Allah Kepada Pemberi Sedekah. Memberi sedekah itu baik, harus dan amat digalakkan oleh agama kita. Orang yang suka bersedekah juga tenang hidupnya, itu yang Allah berikan kelebihan kepada orang yang suka bersedekah.

2. Bahaya Riya': Bersedekah untuk dilihat manusia (riya') adalah sifat munafik yang menyebabkan pahala langsung tidak bernilai di sisi Allah.

3. Analogi Batu Licin: Allah menggambarkan orang riak seperti batu licin yang diselaputi tanah (tanah = amal), kemudian ditimpa hujan lebat (ujian/kematian), menyebabkan tanah hilang dan batu kembali licin (amal hilang tanpa sisa).
4. Implikasi Ikhlas: Ikhlas adalah syarat mutlak. Sifat riak dan sombong dalam memberi menunjukkan tiadanya keimanan yang sebenar kepada Allah dan hari akhirat.
Namun Allah SWT tidak suka orang yang mengungkit-ungkit pemberian sedekahnya. Hari ini bagi RM100, esoknya datang ungkit yang kita dah bagi 100 tak cukup lagi ke? Kalau macam itu, bukan sedekah namanya. Itu macam sikap seorang gangster! Ingat ya, jangan batalkan pahala sedekah dan infaq kita hanya kerana sikap mengungkit kita itu!!

Amaran Allah Kepada Pemberi Sedekah
Menjauhkan diri daripada sikap membangkit-bangkitkan sedekah yang diberikan dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah.
Allah berfirman yang maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu rosakkan sedekah-sedekah kamu dengan sikap membangkit-bangkitkan tentang sedekah itu dan kata-kata yang menyakiti (hati penerimanya)." - (Al-Baqarah 2: 264)
Kenapa Allah turunkan ayat 264 Surah al Baqarah?
Mari kita tadabbur ayat tersebut. Ia memberi peringatan keras supaya tidak merosakkan pahala sedekah dengan sikap membangkit-bangkit (menyebut kebaikan) dan menyakiti hati penerima, atau bersedekah kerana riak (menunjuk-nunjuk). Amal tanpa keikhlasan disamakan dengan debu di atas batu licin yang hilang ditiup hujan lebat, sia-sia dan tidak mendapat balasan di akhirat.
1. Larangan Membatalkan Pahala: Allah melarang orang beriman merosakkan infak/ sedekah dengan al-mann (menyebut-nyebut/mengungkit) dan al-aza (menyakiti perasaan penerima).
2. Bahaya Riya': Bersedekah untuk dilihat manusia (riya') adalah sifat munafik yang menyebabkan pahala langsung tidak bernilai di sisi Allah.

3. Analogi Batu Licin: Allah menggambarkan orang riak seperti batu licin yang diselaputi tanah (tanah = amal), kemudian ditimpa hujan lebat (ujian/kematian), menyebabkan tanah hilang dan batu kembali licin (amal hilang tanpa sisa).
4. Implikasi Ikhlas: Ikhlas adalah syarat mutlak. Sifat riak dan sombong dalam memberi menunjukkan tiadanya keimanan yang sebenar kepada Allah dan hari akhirat.
5. Kekayaan Allah: Allah Maha Kaya (Ghaniy) dan tidak memerlukan sedekah manusia, sebaliknya manusia yang memerlukan pahala daripada-Nya
Semoga kita semua sedar dan faham bahawa memberi sedekah, infaq dan sebagainya pemberian yang baik-baik adalah kerana Allah. Bukannya mahukan sanjungan manusia.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.