Lunch Aneka Menu Dengan Family. Makan tengahari lewat sikit, dengan melepaskan waktu solat zohor. Senang sikit nak bersembang lama-lama sambil menikmati makanan secara perlahan-lahan. Masa kami tiba direstoran dalam pukul 2.15 petang, orang tidak berapa ramai. Selepas order dalam 10 minit, ramai pula pengunjung yang singgah untuk makan.
Order kami semua sampai ke meja dalam 15 minit sahaja, memang cepat.








Ada lagi makanan yang kami order seperti sagu gula melaka, pop corn chicken dan lain-lain lagi. Untuk semua hidangan dan makanan yang korang nampak tu, kosnya RM153.

Lunch Aneka Menu Dengan Family Yang Lengkap
Setelah 4 tahun jarang dapat makan tengahari dengan anggota keluarga yang lengkap, akhirnya Ahad lepas kami dapat lunch semeja bersama. Yang bestnya juga, my bonda ikut serta kerana sementara ini dia duduk bersama kami. Anak bujang yang sulung dah habis study dan sedang menunggu jawapan HO (Housemanship) dalam bulan Oktober. Tetapi nanti pada pengunjung September 2026, bujang bongsu pulak meninggalkan kami untuk melanjutkan medical degreenya di universiti yang sama. Kiranya, dia macam tukar tempatlah..
Begitulah kehidupan yang perlu di lalui, perpisahan dan pertemuan semula sentiasa berlaku dan berulang-ulang dalam kehidupan kami..
Jom layan menu lunch kami :
1. Siakap penyet

2. Korean Chicken

3. Siakap Lemak Cili Api

4. Ayam penyet

5. Nasi goreng seafood

6. Mix fruit cocktail

7. Air jus apple, blue ocean honey lemon, dll

Ada lagi makanan yang kami order seperti sagu gula melaka, pop corn chicken dan lain-lain lagi. Untuk semua hidangan dan makanan yang korang nampak tu, kosnya RM153.
Review kami terhadap menu yang dipilih? Ada yang sedap sangat dan portion pun banyak. Tetapi ada yang nampak sedap tetapi rasa tak kena dan kurang enak. Namun, demi menghormati makanan, dan sudah bayar.. kita makan perlahan-lahan hingga habis.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



7 Comments
Alhamdulillah tumpang bangga dgn kejayaan anak² puan. Bakal Doktor belaka ye 👍🏻
ReplyDeletePH rasa murah harga makanan ni. Di luar Lembah Klang agaknya ye puan tinggal
Insha Allah, dua² bakal doktor. Betul PH, kami tinggal kat Skudai Johor
DeleteAlhamdulilah.. dpt gather² ngan semua ahli keluarga.. mmg saat2 yg best kan..
ReplyDeleteTengok menu² nya berkenan kat siakap tu hahaa.. mmg fav kalau goreng garing cicah kicap perghh
Menu siakap penyet tu memang kaw habis!
DeleteAlhamdulillah, 'family time' yang sangat berkualiti sambil menikmati aneka lauk yang sedap. Walaupun ada menu yang kurang kena dengan selera, yang penting momen berkumpul bersama tu yang paling mahal harganya. Moga keluarga sis Aynora sentiasa dilimpahi rezeki dan kebahagiaan! SA tumpang gembira! Tahniah juga buat sis sekeluarga, hebat betul dua-dua anak bakal doktor tu...
ReplyDeleteAamiin, terima kasih SA utk semua doa & kata2 yang baik. Gitulah anak2, bila suruh mohon course lain, tetap nK doktor jugak.
DeleteHamparan sajian makanan yang lazat sekali..alhamdulillah..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.