Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Lunch Aneka Menu Dengan Family

Lunch Aneka Menu Dengan Family. Makan tengahari lewat sikit, dengan melepaskan waktu solat zohor. Senang sikit nak bersembang lama-lama sambil menikmati makanan secara perlahan-lahan. Masa kami tiba direstoran dalam pukul 2.15 petang, orang tidak berapa ramai. Selepas order dalam 10 minit, ramai pula pengunjung yang singgah untuk makan. 

Order kami semua sampai ke meja dalam 15 minit sahaja, memang cepat. 

Lunch Aneka Lauk Dengan Family

Lunch Aneka Menu Dengan Family Yang Lengkap


Setelah 4 tahun jarang dapat makan tengahari dengan anggota keluarga yang lengkap, akhirnya Ahad lepas kami dapat lunch semeja bersama. Yang bestnya juga, my bonda ikut serta kerana sementara ini dia duduk bersama kami. Anak bujang yang sulung dah habis study dan sedang menunggu jawapan HO (Housemanship) dalam bulan Oktober. Tetapi nanti pada pengunjung September 2026, bujang bongsu pulak meninggalkan kami untuk melanjutkan medical degreenya di universiti yang sama. Kiranya, dia macam tukar tempatlah..

Begitulah kehidupan yang perlu di lalui, perpisahan dan pertemuan semula sentiasa berlaku dan berulang-ulang dalam kehidupan kami..

Jom layan menu lunch kami :

1. Siakap penyet


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

2. Korean Chicken


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

3. Siakap Lemak Cili Api


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

4. Ayam penyet


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

5. Nasi goreng seafood


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

6. Mix fruit cocktail


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

7. Air jus apple, blue ocean honey lemon, dll


Lunch Aneka Lauk Dengan Family

Ada lagi makanan yang kami order seperti sagu gula melaka, pop corn chicken dan lain-lain lagi. Untuk semua hidangan dan makanan yang korang nampak tu, kosnya RM153.

Review kami terhadap menu yang dipilih? Ada yang sedap sangat dan portion pun banyak. Tetapi ada yang nampak sedap tetapi rasa tak kena dan kurang enak. Namun, demi menghormati makanan, dan sudah bayar.. kita makan perlahan-lahan hingga habis.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah tumpang bangga dgn kejayaan anak² puan. Bakal Doktor belaka ye 👍🏻

    PH rasa murah harga makanan ni. Di luar Lembah Klang agaknya ye puan tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, dua² bakal doktor. Betul PH, kami tinggal kat Skudai Johor

      Delete
  2. Alhamdulilah.. dpt gather² ngan semua ahli keluarga.. mmg saat2 yg best kan..

    Tengok menu² nya berkenan kat siakap tu hahaa.. mmg fav kalau goreng garing cicah kicap perghh

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, 'family time' yang sangat berkualiti sambil menikmati aneka lauk yang sedap. Walaupun ada menu yang kurang kena dengan selera, yang penting momen berkumpul bersama tu yang paling mahal harganya. Moga keluarga sis Aynora sentiasa dilimpahi rezeki dan kebahagiaan! SA tumpang gembira! Tahniah juga buat sis sekeluarga, hebat betul dua-dua anak bakal doktor tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih SA utk semua doa & kata2 yang baik. Gitulah anak2, bila suruh mohon course lain, tetap nK doktor jugak.

      Delete
  4. Hamparan sajian makanan yang lazat sekali..alhamdulillah..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.