Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Aynora
By -
2
Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak. Bubur Cha Cha ni akan muncul bila anak-anak bujang kami ada kat rumah. Salah sorang ada cukup dah nak jadi timbul nya masakan berasaskan tepung ni. Tak tau apa yang buat dia orang suka sangat makan bubur Cha cha. Mungkin warna tepung Cha Cha tu yang warna warni kut yang buat dia orang suka makan bubur Cha Cha. Haha ..

Bubur Cha Cha amat senang nak buat, hinggakan kedua-dua anak bujang kami pun dah pandai buat sendiri bila terasa nak makan. Hinggakan tepung Cha Cha pun dah berbungkus stoknya dalam almari dapur. 

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak


Jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sebungkus kecil tepung Cha Cha.

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Bahan-bahan:

1 bungkus tepung Cha Cha
1 ketul besar gula melaka
1 kotak santan Kara saiz 200 ml
2 sudu makan brown sugar
Sedikit garam
2 1/2 cawan air
3 sudu makan satu biji - rendam

Cara penyediaan bubur Cha Cha yang mudah


1. Rebus seketika tepung Cha Cha. Toskan.

2. Masakkan gula melaka dengan air dan tabur sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak nya. Masak hingga gula melaka tu cair.

3. Kemudian masukkan tepung Cha Cha dan santan. Kemudian kacau rata. Akhir sekali masukkan sagu biji. 

4. Kecilkan api dan biarkan mendidih.

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak

Siap bubur Cha Cha kegemaran anak-anak kami. Mudah membuatnya dan rasanya pun sedap juga.

Nak merasa bubur Cha Cha seperti di atas, cubalah buat. Oh ya pada yang tak pasti macam mana tepung Cha Cha tu, ni lah gambar tepung Cha Cha tu.

Resepi Bubur Cha Cha Kegemaran Anak-Anak
 
Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. sungguh mudah nak makan bubur cha cha skrg sbb ada yg ready-made. Jika masa kanak2 dulu thn 70an ke 80an arwah ibu sy buat bubur cha cha ni secara manual. X de yg warna-warni ni..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian resepi yang menarik dan mudah difahami. Bubur cha cha memang sesuai dinikmati pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi bersama keluarga. Terima kasih kerana berkongsi resepi ini. Semoga ada kesempatan untuk berkunjung dan berkongsi pendapat di blog saya juga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!