Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang. Anak bujang saya bersiaran lagi in the house, dari dapur bersepahnya.. hehe, tapi hasil masakan tak pernah mengecewakan. Yang tukang kemas dapur dan basuh alatan memasak adalah adiknya, iaitu anak bujang bongsu kami.. hehe. Masing-masing ada tugas sebab tak nak kena bebel dek ibunya.. 😅😀😂

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang

Kali ni dia kata nak masak ayam blackpepper. Dalam freezer ada 2 bekas ayam yang belum digunakan. Jadi ambik satu set untuk masak malam punya. Tengahari tu bila saya balik rumah untuk solat & lunch, dia sedang perap ayam. Komited betul chef in the house ni..
Info Yang Anda Cari:

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang 


Sebelum tu kita tengok dulu resepinya yang dia masak, ikut cara dia lah, tapi bab perap dulu ayam dengan bahan perapan tu memang ikut style KA..

Bahan-bahan:

Bahan perapan: Ayam, sos tiram, kicap manis, dan sedikit garam.
Bahan tumbuk/ blender: Bawang merah, bawang putih, dan halia. 

Cara penyediaan ayam masak black pepper;


1. Perap ayam dengan sos tiram, kicap manis, dan garam seketika.

2. Tumbuk @ blend bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga lumat.

3. Goreng ayam yang telah diperap sehingga masak.

4. Tumis bahan tumbuk, masukkan sos lada hitam, sos tiram, dan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata, dan siap untuk dihidang

Tambah hiasan daun bawang, jika suka 

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang

Ayam Masak Black Pepper Oleh Orang Bujang

Review dari ibu & ayah;

1. Ayah diam je, makan sambil tambah nasi 2 kali
2. Ibu kata sedap sangat, ikut resepi siapa? Kenapa ayam tu perap dulu, ibu buat tak macam ni pun. Patutlah sedap bila ayam diperap dulu.. bla... bla,.

Datang pulak si adik, nasi menggunung, ayam dalam mangkuk semua dia habiskan. Kita orang kata, tak payaah komen, senyap-senyap habis satu pinggan. Hehe

Memang sedap dia masak 👍👍👍, tak tipu!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

5 Comments

  1. Ammi ni pun kadang2 bila anak-anak memasak macam2 nak disoal. Akhir sekali, korang masak jelah ammi ke depan. Kita tunggu result je

    ReplyDelete
  2. Uishh sedap tuuu.. makan dengan telur mata kuning cair, uii sedap weyyy hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Ayam Masak Black Pepper! Lagi pulak bila orang lain tolong masakkan, memang bertambah-tambah nikmat selera makan tu. Terus terliur rasanya!

    ReplyDelete
  4. kt umah ni jrg masak ayam blackpepper..tp tgk menu tu terliur

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap dan menyelerakan tu. Goodjob anak bujang.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.