Namun jika ada kewangan yang lebih, boleh lah kita sediakan supplemen untuk keluarga tersayang. 👍❤️


Letak Supplemen Di Rak Dapur, Supaya Tak Mudah Lupa
Dalam rumah ni semuanya kena makan supplement. Selain tubuh mak bapak penat seharian bekerja, anak-anak pun kena ambil supplemen seawal umur mereka belasan tahun iaitu supplemen untuk tubuh. Sementara supplemen untuk minda, kami sudah memberikannya seawal usia 8 tahun.
Anak sulung saya pemain ragbi ketika di MRSM dulu, jadi dia akan ambil supplemen untuk muscle dan multivitamin untuk ketenangan tubuh, badan jadi lega dan tidur lena.



Info Yang Anda Cari:
Antara supplemen yang biasa kami ambil adalah vitamin C + zink, pre + probiotic, supplemen minda untuk anak bujang bongsu, teh sanna + teh hijau untuk si ayah dan bujang sulung, vitamin utk tulang dan kulit, dan ubatan seperti Panadol dan ubat batuk yang sentiasa tersedia. Lagi satu, saya amalkan makan apricot seed sejak tahun 2013 lagi. Ia memang amat membantu tubuh sentiasa cergas, otak berfikir aktif dan hilang rasa kebas di anggaota badan, jika ada.
Benda-benda yang simple seperti ini sebenarnya adalah yang kita kena cakna, supaya tahap kesihatan keluarga sentiasa terjaga dan kita saling mengingatkan kepada yang lupa.
Sebelum keluar rumah, kami akan saling beratnya - dah makan supplemen??
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.