Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang

Aynora
0
Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang. Pancake Oreo dimakan bersama Maple Syrup, perisa kegemaran orang putih ni.. yang tak boleh ngam dengan tekak omaknya ini.. entah apa lah rasa dia. Nanti saya tanya depa..

Budak bujang berdua ni kalau ada kat rumah, macam-macam yang dibeli dan dicuba. Kalau tak adik, si abang. Apa je adiknya mintak, abang nya akan masakkan, jadi tak jadi belakang kira.. inilah moment mereka sebelum si adik akan berangkat tak lama lagi.. 

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang


Pancake Oreo ni anak bujang saya kata kena makan dengan maple syrup - supaya ada vibe orang putih katanya 😅😅 ikut sukalah anak-anak 

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang

Apa rasa maple syrup ni? Hmm.. rasanya masam kelat, sebab dia diambil dari batang pokok maple (macam kita ambil susu getah dari pokoknya), lalu diproses dijadikan syrup. Dah dia orang nak merasa sangat.. amik kau!! Lepas ni kena habiskan.. jangan membazir!

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang

Semua gambar snap atas dapur, mana gambar tak muram je, sebab dapur kami guna lampu romantic.. tak putih tak kuning.. gitulah ragamnya. 😀😀😂

Sarapan Pancake Oreo Oleh Anak Bujang
Info Yang Anda Cari:
Pancake Oreo sarapan pagi ni sebenarnya dia buat dua style, satu inti Oreo dan yang satu lagi klasik punya, yang takde apa-apa. Dari sekeping dia double kan je, tapi masuk ke mulut terasa gebunya. Kalau nak makan dengan maple syrup, just tuangkan maple syrup di atas pancake. 

Oh ya.. saya sharekan resepi pancake Oreo ni bagi korang yang nak cuba.

Bahan-bahan;

2 Cawan tepung gandum
4 Sudu Besar Mentega
4 Sudu Besar Gula Kastor
3 Sudu Teh Baking Powder
2 Biji Telur
1 Sudu Kecik Garam
1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
Biskut oreo secukupnya

Cara-caranya ;

1. Cairkan mentega.

2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.

3. Campur sekali susu, telur dan mentega yang di carikan.

4. Dalam mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.

5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.

6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.

7. Kalau nak letak Oreo, adunan pertama biar separuh masak, tambah Oreo yg dihancurkan. Bila Oreo dah lekat, baru tambah adunan baru di atasnya. 

7. Masak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian.

8. Siaap untuk di makan 😅 

Selamat mencuba ya kekawan, ini resepi anak bujang kat rumah yang sedang menganggur.. kerjanya asyik cuba resepi demi resepi. Pening nengoknya..😇😇

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!