
Info Yang Anda Cari:
Ayam Goreng Oren, Sesegar Rasa Oren
Masa sampai rumah tadi, si adik tengah basuh pinggan mangkuk kuali yang abangnya gunakan. Memang gitulah perjanjiannya.. hehe
Dalam tudung saji, ada hirisan nipis buah Oren yang saya beli semalam di atas timbunan hirisan ayam goreng. Dah siap masak rupanya. Habislah buah Oren untuk minum pagi saya. Cadangnya nak buat orange juice pepagi, tapi dah 2 biji dia kerjakan buah Oren saya. Bertabahlah..

Saya ingatkan resepi ni dia suka-suka buat sebab ibu nya beli banyak buah Oren. Rupanya memang ada resepi Ayam Oren. Dalam majalah RASA online, ada tulis resepi Ayam Oren Chinese style. Tapi saya rasa anak bujang dah tukar sikit caranya.


Resepi Ayam Oren
Bahan-bahan:
1 biji bawang holland– dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu sunquick perisa oren/ jus oren
1 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 ketul cili benggala - potong dadu
Daun bawang - potong pendek sebagai hiasan
1 sudu sos ikan
1 biji buah Oren - hiasan
1 sudu sos ikan
1 biji buah Oren - hiasan
Cara-cara:
1. Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau.
2. Masukkan sunquick, sos cili, sos ikan, kicap manis, sos tiram, kacau sebati
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Memang senang sekali nak buat ayam Oren, segar rasanya macam makan buah Oren. Hehe..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.