USB 30 Juzuk Al Quran Menemani Perjalanan. Inilah teman telinga dan minda saya di sepanjang perjalanan ke mana-mana dengan menggunakan kereta. Bila masuk kereta je, terus alunan surah Al Quran berkumandang. Terus hilang semua benda yang menyesakkan dada! USB 30 Juzuk Al Quran ni mengandungi 6 bahagian selain salah satunya adalah kandungan surah-surah al Quran. Kalau korang nak dengar surah Yasin, just pilih surah tersebut. Memang mudah. Dah lama sebenarnya saya beli USB 30 Juzuk Al Quran ni, lebih kurang 4 tahun gitu..



Ceramah dengan tajuk yang berbeza-beza yang amat menginsafkan dan memberi peringatan pada jiwa


Bahagian ini mengandungi zikir-zikir taubat, zikir syifa penyembuh segala penyakit, zikir mengingati Allah dan banyak lagi

Mengandungi koleksi doa-doa selepas solat, doa dari imam masjidil Haram dan banyak lagi


Info Yang Anda Cari:
USB 30 Juzuk Al Quran Menemani Perjalanan
Selain 30 Juzuk Al Quran, ada terdapat 5 bahagian lagi yang boleh merawat jiwa dan minda kita, iaitu:

1. Bonus Nasyid
Antara nasyid-nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid tanahair, dengan Nasyid berunsurkan keislaman dan membangun jiwa

2. Koleksi Ceramah

3. Halaqah
Mengandungi koleksi ceramah agama yang menginsafkan daripada pendakwah terkenal.

4. Zikir

5. Doa

USB 30 Juzuk Al Quran ni saya beli kat Instagram kalau tak silap, dah lama memang dah lupa 😅😅, pada harga RM195 lebih kurang..
Memang kita rasa yakin sikit bila drive ditemani surah-surah al Quran. Sambil tu boleh ikut baca bila terdengar surah lazim dan surah-surah yang biasa di baca seperti al Baqarah, al Kahfi, al Waqiah, ar Rahman dan banyak lagi.
Tapi bila anak-anak yang drive, mereka tukar kepada siaran radio pulak. Kena bebel jugak dia orang ni, dah lama tu tukar balik pasang USB 30 Juzuk Al Quran ni.
USB 30 Juzuk Al Quran ni boleh di pasang secara rawak dan pilih surah mana yang korang nak dengar. Kalau suka surah tersebut, tekan mode "replay" @ "Ulang Lagu" dan surah tu akan kedengaran sepanjang masa. Best kan?
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



1 Comments
Bagusnya ada USB 30 Juzuk Al-Quran ni, memang tenang dan selamat rasa bila memandu ditemani alunan surah lazim!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.