Header Ads Widget

Beli Nenas Comel Tetapi Amat Manis Rasanya

Advertisement
Beli Nenas Comel Tetapi Manis Rasanya. Saya seorang yang suka makan nenas, kerana dari kecil lagi telah dibesarkan di kampung yang dikelilingi oleh pokok nenas. Macam-macam cara kita orang makan nenas samada dengan pisau toreh pokok getah, dengan parang arwah ayah ataupun dengan pisau potong bawang bonda punya. Asal teringin makan, petik je dari pokok dan makan waktu tu jugak. Nenas yang kecil biasanya memang manis sangat rasanya. Kalau nenas yang besar macam nenas Sarawak dan nenas moris, ada yang manis atau tawar rasanya. Bergantung dengan cara kita menanam pokok-pokok tersebut. Nak tanam pokok nenas juga bergantung pada musim panas atau musim hujan. Itu yang saya dengar dari arwah ayah la.. 

Beli Nenas Comel Tetapi Amat Manis Rasanya

Gambar atas - adalah potongan dari sebiji buah nenas yang comel tu..
Info Yang Anda Cari:

Beli Nenas Comel Tetapi Amat Manis Rasanya


Alhamdulillah.. walau comel kecil saiz nenasnya tetapi rasanya amat manis. Dalam 4 ketul berharga RM10.00 saja. 

Beli Nenas Comel Tetapi Amat Manis Rasanya

Beli Nenas Comel Tetapi Amat Manis Rasanya

Ada orang beli nenas sebab nak jadikan penyedap masakan, buat pajeri atau acar timun dengan nenas. Tapi bagi saya pulak, saya lebih suka makan nenas segar macam itu je. Lebih puas rasanya.

Dah harganya murah, manis dan segar. Lain Kali boleh beli lagi dengan penjual nenas kat tepi jalan menuju taman perumahan saya tinggal ni. Yang bagusnya, kita boleh order nenas guna Whatsapp dan kemudian dihantar ke rumah terus.

Oh ya, buah nenas ada banyak khasiat. Antaranya adalah kaya dengan vitamin C, serat, dan enzim bromelain yang membantu meningkatkan sistem imun serta melancarkan sistem penghadaman.

Boleh baca selanjutnya - { Khasiat Buah Nenas}

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

4 Comments

  1. sedap tu nenas manis...lps tu cicah plak ngan kuah rojak

    ReplyDelete
  2. Alamak, kupas dengan pisau toreh pokok getah ke? Tak rasa getah pulak tu. Tapi tulah kenangan zaman kanak-kanak kan.

    Suka makan nanas tapi tak suka mengupas. Leceh sikit. Kalau nanas kecil, baby nanas suka beli yang dah siap kupas.

    Manis sangat pun tak okay juga kan. Dapat yang sedang elok manis tu baru sedap.

    Suka juga makan pajeri nanas, acar timun atau campur dalam masakan gulai.

    ReplyDelete
  3. Sedap buah nanas ni. Tapi bab kupas tu, lemah sikit. Makan nanas, suka. Hehe...

    ReplyDelete
  4. Samaaaa kak, saya pun lebih suka makan begitu saja. Apalagi kalau dapat yang maniiiiis sangat ❤️❤️❤️

    Kalau di sini nanas yang kecil tapi manis disebut nanas madu 🍯. Sebab maniiis seperti madu.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.