6/recent/ticker-posts

Dah Doakan Anak-Anak Hari Ini?

Dah Doakan Anak-Anak Hari Ini? Jomlah duhai ibu dan bapa sekalian, kita doakan anak-anak walau di mana kita berada. Tak kisah lah samada anak-anak sudah dewasa, atau kanak-kanak lagi. Kita doakan mereka je setiap hari. Bila teringatkan mereka, terus doakan. Dalam banyaknya doa yang kita pohonkan.. pasti ada yang Allah tunaikan. Doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab, kerana susah payahnya kita membesarkan dan mendidik mereka sejak dari dalam perut lagi. Lagi satu, usah menyimpan dendam dan marah kepada anak-anak. Memaafkan adalah lebih baik, redhakan apa yang mereka lakukan dan semestinya halalkan apa yang mereka terima daripada kita. Yang lain, biarlah Allah yang uruskan. Semoga anak-anak kita hidup dengan baik-baik saja..

Dah Doakan Anak-Anak Hari Ini?
Info Yang Anda Cari:

Duhai Ibu, Jom Amalkan Doa Ini Untuk Anak-Anak


Kenapa yang utamanya disebut IBU untuk mendoakan anak-anak? Kerana.. ibu lah yang membawa anak di dalam perut selama 9 bulan dalam keadaan yang kurang selesa, sambil bekerja, membuat tugasan rumah tangga, dan ada kala sakit kaki tubuh badan, digagahi jua. Sebab itulah ibu dipanggil karamah (yang dimulakan).

Doa Untuk Anak Bila-Bila Masa


Ya Allah, jadikan anakku mencintai solat, al Quran dan sentiasa berakhlak mulia. Ya Allah, peliharalah pandangan, lisan dan hati mereka daripada perkara yang tidak baik.
Ya Allah, jadikan anak lelakiku seorang pemimpin yang amanah, bertanggungjawab dan ringan tulang membantu keluarga. Ya Allah, lindungilah anak perempuanku, peliharalah maruah, agama, dan akhlaknya. Kurniakanlah ketenangan hati serta kebijaksanaan untuk berdikari.

Ya Allah, satukan hati anak-anakku agar sentiasa saling menyayangi, saling memaafkan dan berdamai apabila berlaku salah faham.

Ya Allah, jadikan mereka anak yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya, taat kepadaMu, dan menjadi penyejuk mata kami di dunia dan akhirat.

Aamiin ya Mujib..

Doa Untuk Anak Selepas Tahajjud


Duhai Ibu, jom amalkan 5 doa ini untuk anak, terutamanya setiap kali lepas Tahajud.

1) Ya Allah,
Ya Rahman, Ya Rahim...
Kasihilah anakku dengan kasih sayang-Mu yang tak berbatas.
Peluklah hatinya ketika aku tak mampu menjangkaunya.
Jadikan ia hamba yang mengenal-Mu, mencintai-Mu, dan selalu rindu kepada-Mu...

2) Ya Allah,
Yaa Fattah...
Bukakanlah untuk anakku pintu-pintu kemudahan yang belum pernah ia bayangkan.
Mudahkan langkahnya saat belajar.
Mudahkan lisannya ketika menuntut ilmu.
Mudahkan ikhtiarnya ketika mencari pekerjaan.
Mudahkan setiap urusan yang terasa sulit baginya.

Dah Doakan Anak-Anak Hari Ini?

3) Ya Allah,
Yaa Razzaq...
Cukupkanlah rezeki anakku dengan rezeki yang halal, luas, dan penuh keberkahan.
Jangan biarkan ia mencari nafkah dengan cara yang Engkau murkai.
Jadikan setiap rezeki yang ia peroleh menjadi sebab bertambahnya iman, ketenangan, dan kebahagiaan dalam hidupnya.

4) Ya Allah,
Ya Hafizh...
Jagalah anakku dalam setiap langkahnya.
Lindungi ia dari fitnah akhir zaman.
Jauhkan ia dari teman yang menyesatkan.
Bentengi hatinya dari maksiat.
Selimuti hidupnya dengan penjagaan-Mu yang sempurna...

5) Ya Allah,
Ya Muqallibal Qulub...
Tetapkan hati anakku di atas agama-Mu.
Saat dunia memanggilnya kepada keburukan, kuatkan imannya.
Saat syahwat menggodanya, jagalah pandangannya.
Saat ia lelah, dekatkan ia kepada Al-Qur'an, solat, dan zikir.

Jangan lupa save dan sharekan pada ibu-ibu yang lain ye semoga kita sama-sama dapat manfaatnya. Setiap doa ibu amatlah mustajab, walau siapa ibu kamu itu. Ingat ya, jangan sesekali berprasangka terhadap ibumu. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code