
Info Yang Anda Cari:
Beli Pappa Roti Sebab Baunya
Tapi tak semua orang suka dengan Pappa Roti. Ada yang kata bau kopi dia kuat sangat, ada yang kata pernah makan Pappa Roti sampai muntah, sekarang dah trauma 😂
Entahlah.
Macam tak logik pernah makan sampai termuntah. Mungkin semasa makan tu perut tengah kosong kut. Itu yang jadi muntah dan trauma nak makan Pappa Roti.


Korang tengoklah.. dah lah kulit luar roti tu rangup, kemudian bau harum roti dan dalam inti dia ada kaya/ kastard manis-manis. Bila dikunyah sekaligus, naik rasa semuanya jadi best! Tak tau nak explain macam mana. 😀👌

Waktu beli tu saya ambil 6 ketul roti. Harga seketul RM3.90. Dulu murah lagi, tak silap seketul RM1.50. Sejajar waktu berlalu, harganya naik sedikit demi sedikit.
Pappa Roti dah jadi macam satu memori membahagiakan buat saya la. Dapat makan seketul dua ketika menunggu kereta dicuci, atau jahitan hujung seluar siap.. kita healing dengan Pappa Roti.
Nikmat sungguh. Hmm.. wanita yang bahagia adalah dia dapat makan secubit makanan yang dia suka. Kalau dapat makan lebih dari itu, memang dah bonus la!! Ok bye!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.