Makan Tengahari Sambil Beli Kerepek Di Plaza Angsana, JB

Makan Tengahari Di Plaza Angsana, JB. Hari sabtu kami sekeluarga pergi ke Plaza Angsana yang cuma 15 minit dari rumah, jika jalan tak jem 🤣🤣, kalau jem mau makan 1 jam lebih boleh pergi Kluang Rail Coffee dah.. hehe. Alhamdulillah, semalam tak jem, jalan smooth je dan sekitar pukul 10.50 pagi dah sampai Angsana. Tujuan asal nak jahit kaki seluar je. Tetapi telah menyimpang 190 darjah tujuan tu.. dan total damage adalah RM480.00 lebih kurang.. entah apa yang kami beli .

Info Yang Anda Cari:

Makan Tengahari Sambil Beli Kerepek Di Plaza Angsana, JB


Sebelum makan lunch, kami pergi hantar jahit kaki seluar dan lengan baju kat satu kedai legend ni. Total barang hantar 5 helai. Untie kedai tu kata datang balik selepas 2 jam. Baik! Misi mencari makan pulak..

Jomlah layan kita makan lunch awal.. gambar je yang berbicara

1. Rojak Asma & Rojak Mi


Makan Tengahari Di Plaza Angsana, JB

2. Rojak Asma


Makan Tengahari Di Plaza Angsana, JB

3. Tauhu Bakar


Makan Tengahari Di Plaza Angsana, JB

4. Keli Berlado


Makan Tengahari Di Plaza Angsana, JB

5. Nasi Berlauk - ayam masak kari, paru goreng & kentang


Makan Tengahari Di Plaza Angsana, JB

Yang tiada dalam gambar adalah nasi anak bujang bongsu dengan lauk 2 ketul ayam goreng & 2 hirisan telur dadar. Jumlah perbelanjaan lunch & breakfast kami adalah RM89.00., termasuk air.

Memang sekarang ni kat mana-mana kedai makan, harga memang agak tinggi. Kalau korang ada kemahiran dan kerajinan memasak.. masaklah sendiri di rumah. Anda akan dapat berjimat dengan banyaknya. 

Sementara tunggu baju dan seluar selesai di jahit, kami menghabiskan masa dan duit dengan membeli pelbagai makanan lagi dan kerepek. Apa yang kami beli? Hmm.. macam tak ada hari esok tau..

1. Kerepek Pisang
2. Rempeyek 2 balang
3. Pisang salai
4. Kerepek ubi pedas
5. Kuih kapit coklat
6. Keropok ikan
7. Kerepek bawang
8. Kerepek belinjau
9. Keria gula melaka
10. Koci Leleh
11. Tauhu bergedil

Makan Tengahari Sambil Beli Kerepek Di Plaza Angsana, JB

Untuk semua sesi habiskan duit kat Angsana adalah sebanyak RM480-00. 

On the way balik ke rumah.. fikir balik apa yang kita orang beli sampai habis banyak gitu.. nampak macam tak banyak tetapi harga barang dah naik semuanya.. begitula..

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Random Info Terbaik!!

Ad Code