
Untuk semua makanan yang kita order itu, kami di caj sebanyak RM335.30. Murah jugak la kan, anggaran untuk 10 orang makan. Tapi kami makan hanya berempat.. 😂😂

Info Yang Anda Cari:
Makan Tengahari Dengan Masakan Chinese Muslim Di Adam's Kitchen
Apa yang kita orang order?? Sementara anak bongsu masih ada ni, kami akan pergi jalan-jalan cari makan ke restoran yang jarang pergi. Nak bagi dia pengalaman merasai makanan yang dia jarang makan. Supaya, bila dah sampai ke tempat dia belajar nanti, dia boleh makan menu apa saja. Jom tengok gambar-gambar makanan tersebut.
1. Sotong Goreng Tepung (Tempura Squid)
Menu kegemaran sekeluarga. Yang tak pernah bosan makan sotong goreng tepung setiap keluar makan. Kalau tak sedap kat sini, kita order pulak tempat lain. Begitulah fanatiknya kami dengan sotong goreng tepung. Alhamdulillah. Kat Adam's Kitchen sotong goreng tepungnya sedap, rangup dan tak liat.

2. Sweet Sour Chicken
Sedap seperti biasa, terutamanya sweet sour chicken yang di masak mengikut chinese style.

3. Telur Dadar
Sampai ke sini dia order telur dadar taw! Memang hantu telur dadar si bongsu ni. Besar saiznya, boleh habiskan pulak tu.. selain itu bujang bongsuku ini jugak add on mantou manakala si abang order steamed dumpling. Order la nak.. yang penting abiskan makan..

4. Steamed Taufu
Taufu pun kegemaran kami sekeluarga, dan dimasak panas-panas secara sizzling dan dibawahnya dilapik dengan telur. Memang sedap!

5. Yam Basket
Ini pula kegemaran saya sepanjang zaman. Everytime makan Chinese Muslim food, saya akan order Yam Basket. Rasanya.. yam yang digoreng rangup dengan tepung khas dia dan dimakan bersama suhun goreng rangup, biji gajus, bawang Holland dan lain-lain. Crispy di mulut.

6. Fried carrot Cake
Nama carrot tapi rasa macam kentang. Nice!

7. Sweet Sesame chicken

8. Green Dragon Vege with Mushroom

9. Siakap Steam Nyonya

10. Chinese Fried rice
Nasi goreng Cina kami order sepinggan sorang, tamak kan? Patutnya order dua pinggan je dan boleh share-share. Tapi sebab dah lapar kan.. order 4 pinggan. Akhirnya tak habis..




Alhamdulillah. Pengalaman makan tengahari yang awesome, sedap, kenyang dan keadaan suasana restoran yang tenang. Dapat pulak duduk kat tepi cermin yang boleh nampak luar. Memang best!!
Di sebalik semua hidangan yang nampak cantik, rasa yang sedap.. ada satu kejadian yang kelakar sikit. Semasa kami masuk dan sebut untuk 4 orang makan, waitress tunjuk meja yang ada 4 kerusi. Selepas melihat order kami, depa suruh kami pindah meja yang memuatkan untuk 10 orang, kerana order kami yang lebih dari 10 item. Hehe... depa kata pilihlah nak duduk mana-mana. Hihi..
Itulah ceritanya. Coretan kenangan kami anak beranak. Tak lama lagi tinggal 3 beranak je kat rumah.. semoga kami semua yang tinggal akan tetap tabah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.