Berhati-hati Dengan Tiga Golongan Yang Mustajab Doanya
Terdapat tiga golongan manusia yang memiliki magic - di mana senjatanya iaitu DOA, amat mustajab dan tidak di tolak oleh Allah SWT. Siapakah 3 golongan tersebut?

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
"Tiga jenis doa yang akan diperkenankan dan tidak ada keraguan padanya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." - (Ibn Majah No: 3862 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Hasan
Hikmah Dan Pengajaran Daripada Hadis:
1. Berdoa adalah ibadah.
2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:
2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:
- a. Doa orang yang dizalimi. Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa orang yang dizalimi mendapat perhatian khusus kerana dia berada dalam keadaan terdesak, lemah dan menyerahkan urusannya kepada Allah.
- b. Doa orang yang bermusafir. Imam Munawi ketika mensyarahkan hadis mengaitkan kelebihan doa musafir dengan keadaan seseorang yang jauh daripada keselesaan biasa dan lebih merasakan keperluannya kepada perlindungan Allah.
- c. Doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Ibu bapa mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak. Doa mereka lahir daripada kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.
4. Orang yang bermusafir dianjurkan memperbanyakkan doa, bukan membiarkan waktu perjalanan berlalu tanpa zikir kepada Allah.
Info Yang Anda Cari:
6. Doa yang lahir daripada hati yang benar-benar merasakan kebergantungan kepada Allah mempunyai kedudukan yang sangat besar.
- Jangan menzalimi kerana orang yang dizalimi mempunyai doa.
- Jangan sia-siakan perjalanan, kerana musafir mempunyai doa.
- Jangan sia-siakan amanah keibubapaan, kerana ibu bapa mempunyai doa.
Semoga segala perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua. Berjaga-jaga dengan segala kata-kata dan doa kita, walau siapapun kita. Ditakuti - kerana mulut badan binasa!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





2 Comments
Itu la, sebagai ibu, memang kena cakap dan doa yang baik-baik. Mohon anak-anak dilembutkan hati dan diberi petunjuk bila ada buat salah.
ReplyDeleteSemoga kita dijuahkan dari sifat zalim.. derhaka dan sebagainya...amin
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.