Lifestyle Resepi Info Terbaik

Zikir Hari Isnin - Laa Hawlawalaa Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim

Zikir Hari Isnin - Laa Hawlawalaa Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim. Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Izin Allah jua. 

Mudahnya nak dapat pahala iaitu hanya dengan berzikir. Berzikir tak perlu waktu tertentu, dalam berbaring, tengah memandu, tengah makan sekalipun, masih boleh berzikir. Amalan zikir tak semesti kena laung kuat-kuat, tunjuk semua orang. Tidak ya kekawan. Cukup sekadar antara dirimu dengan Allah. Yang Maha Mendengar, walau kamu hanya membacanya di dalam hati sahaja. Mudah kan? Jomlah kita berzikir. 
 
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Zikir maksudnya mengingati Allah. Ia dilakukan berulang-ulang menyebut dan memuji Allah Yang Maha Besar, Pengasih dan Penyayang. Jika kita kasihkan Allah, percaya segala takdir yang ditimpakan ke atas kita adalah atas kehendak dan rencananya, maka ketepikan sedikit masa untuk mengingatinya bersungguh-sungguh dengan berzikir. Paling tidak, selepas solat fardhu, bacalah 33 kali zikir tersebut. Jika ada 5 waktu, anda dah buat 165 kali dengan mudahnya. Senang kan?

Zikir Hari Isnin - Laa Hawlawalaa Quwwataillah Billah


Jadi, apa amalan yang menenangkan hati tetapi mudah je nak buat. Tak perlu modal, tak payah pergi jauh-jauh untuk nak merawat hati yang risau tanpa sebab. Apa caranya? Ya... dengan berzikir maka hati jadi tenang.

Zikir Hari Isnin - Laa Hawlawala Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim   


Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa. 

Laa Hawlawala Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim 

 

Maksudnya : Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Izin Allah 


Bacalah 1,000 kali sehari


Bacaan zikir Laa Hawlawala Quwwataillah Billah yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Isnin, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah.

Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir 
Laa Hawlawala Quwwataillah Billah sunat dilazimi dibaca pada hari Isnin supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu.

Fadhilat berzikir Laa Hawlawala Quwwataillah Billahil 'Aliyyul 'Adziim


Bacalah Laa Hawlawala Quwwataillah Billah, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.

Antara fadhilatnya:

1. Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. 
2. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong
3. Membuang sifat riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

Fadhilat dan kebaikan berzikir


Ada banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:

1. Allah sentiasa mengingatinya
2. Menghalau syaitan
3. Menanam rasa syukur
4. Menambah cinta kepada Allah
5. Membersihkan hati
6. Membuang kebimbangan
7. Mendapat kebaikan di dunia
8. Mendapat ganjaran dari Allah
9. Mendapat kebaikan di akhirat 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang luas dan banyak kepada kita semua. Jika sebelum ini kita malas nak buat, tak tahu nak susun zikir kita, maka diharap mulai sekarang kita dah mula bergerak. Kita ni pendosa yang nak ke syurga, jika tak dapat menandingi amalnya ulamak, jadilah kita seorang pendosa yang menangisi kisah silamnya dan mengharapkan ampunannya.
 

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close