Header Ads Widget

Ucapan Alhamdulillah Dan Subhanallah Memenuhi Ruang Langit Dan Bumi

Ucapan Alhamdulillah Dan Subhanallah Memenuhi Ruang Langit Dan Bumi. Tahukah anda bahawa kedua-dua tahmid dan tasbih yang diamalkan sehari-hari menjadi kelaziman adalah Zikir yang dapat memenuhi ruang langit dan bumi? Apa lagi nikmat yang kita nak dustakan, bila Allah izinkan kita mengucapkan Alhamdulillah dan Subhanallah tanpa lelah setiap masa? MasyaAllah tabarakallah. Maka ucaplah tahmid dan tasbih tanpa jemu di awal dan akhir harimu, semoga semuanya tenang-tenang je dalam kawalan TuhanMu.

Ucapan Alhamdulillah Dan Subhanallah Memenuhi Ruang Langit Dan Bumi

 
Daripada Abu Malik al-Asy'ari RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci itu separuh daripada iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi ruang apa yang ada antara langit dan bumi. Solat adalah Cahaya. Sedekah adalah bukti. Sabar adalah sinaran. Al-Quran adalah hujah untukmu (atas amal kebaikanmu) atau hujah terhadapmu (amal keburukanmu). Setiap manusia keluar pada waktu pagi, lalu dia menjual dirinya; sama ada dia membebaskan dirinya atau membinasakannya.- (HR Muslim No: 328) Status: Hadis  Sahih

Ucapan Alhamdulillah Dan Subhanallah Memenuhi Ruang Langit Dan Bumi
 

Kenapa Ucapan Alhamdulillah Dan Subhanallah Memenuhi Ruang Langit Dan Bumi?

 
1.    Kalimah Alhamdulillah dan Subhanallah jika disebut dan beramal dengannya akan mendapat ganjaran pahala sepenuh bumi dan langit.

2.    Islam menggabungkan kebersihan zahir dan penyucian rohani. Taharah menjadi asas kepada ibadah seorang Muslim.
 
3.    Sebagai Muslim, perlu memastikan kebersihan hati dari sifat curang, dengki dan segala penyakit hati serta bersih tubuh badan kerana  kebersihan  separuh daripada iman.
 
4.    Solat akan menjadi cahaya yang akan menjadi penerang hidup serta cahaya yang akan melepaskannya daripada siksaan neraka.
 
5.    Sedekah sama ada yang wajib (zakat) mahupun yang sunat akan menjadi bukti kejujuran iman.  Kesanggupan melepaskan harta kerana Allah menunjukkan bahawa akhirat lebih dicintai daripada dunia.
 
6.    Kesabaran adalah sinar yang menjadi penyuluh jalan atau menjadi pemudah mengharungi perjalanan hidup.
Info Yang Anda Cari:
7.    Al-Quran adalah hujah atau bukti kuat menolong dan memberi syafaat kepada pembaca dan pengamalnya pada hari kiamat. Jangan sampai al-Quran yang kita baca menjadi hujah terhadap kita kerana kita mengetahui ajarannya tetapi tidak mengamalkannya.
 
8.    Setiap hari merupakan modal baharu daripada Allah. Umur, masa, tenaga dan kemampuan yang kita gunakan hari ini menentukan sama ada kita sedang membebaskan atau membinasakan diri.
 
9.    Setiap Muslim perlu berusaha memperbaiki dirinya dan menjadi manusia paling taat.

Dalam menjalani hidup seharian ada panduan yang agama kita tinggalkan, yang mana setiap ucapan, ibadah, amalan semuanya ada hikmah tersendiri. Oleh itu, rebutlah peluang untuk sentiasa menjadi sisi umat Islam yang terbaik dan kembali kepadaNya dengan bekalan yang cukup.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments