Apabila menghadapi masalah, seorang Muslim hendaklah mengukuhkan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa menjadi tempat pergantungan dan permohonan pertolongan. Rasulullah SAW mengajar kita membaca:

Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ الْØَÙ„ِيمُ الْØَÙƒِيمُ
Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمُ
Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ رَبُّ السَّÙ…َÙˆَاتِ ÙˆَالْØ£َرْضِ Ùˆَرَبُّ الْعَرْØ´ِ الْÙƒَرِيمُ
Bacaan doa dalam Rumi:
LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL HAKIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUL 'ARSYIL 'AZHIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA RABBUL 'ARSYIL KARIIM
Maksudnya;
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Lembut, Maha Bijaksana. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan Pemilik 'Arsy yang agung. Tidak ada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Tuhan Pemilik 'Arsy yang mulia
Kenapa Berzikir Ketika Susah Itu Perlu?
1. Sebagai manusia kita akan melalui kehidupan dengan pelbagai ujian termasuk kesusahan dan kesedihan.
2. Rasulullah SAW mengajar kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap situasi yang dihadapi sama ada kesusahan mahupun kesenangan.
3. Ketika menghadapi tekanan atau kesusahan, seseorang hendaklah bersabar, mengawal emosi dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Hadapilah kesusahan dengan memperbanyakan zikir dan doa.
4. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa bacaan zikir diatas mengandungi pengagungan dan pujian kepada Allah, yang merupakan sebahagian daripada adab berdoa.
5. Ketika menghadapi masalah, seorang Muslim perlu menggabungkan doa, usaha, kesabaran dan tawakal. Doa memberikan kekuatan rohani, manakala usaha merupakan sebahagian daripada tanggungjawab manusia.
7. Jangan biarkan masalah menguasai hati sehingga melupakan Allah. Sebaliknya, jadikan kesusahan sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan dengan Allah melalui zikir dan doa.
Info Yang Anda Cari:
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Allah SAW apabila menghadapi kesusahan atau kesedihan yang berat, Baginda membaca: "LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL HAKIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUL 'ARSYIL 'AZHIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA RABBUL 'ARSYIL KARIIM" (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Lembut, Maha Bijaksana. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan Pemilik 'Arsy yang agung. Tidak ada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Tuhan Pemilik 'Arsy yang mulia). - (HR Bukhari No: 6345) Status: Hadis Sahih
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.





0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.