Monday Blues #5: Resepi Salad Jambu Batu

Salam,

Isnin @ monday datang lagi. Malasnya nak start dan panaskan jentera dlm badan ini untuk mulakan kerja. Dahlah weekend penuh dengan aktiviti melantak dan lawan tidur, ini nak sambung kerja balik on monday...memang blues habis otakku!!

Macam biasa saya nak meraban pasal resepi. Resepi saya semuanya yang ringkas aje sebab saya tau kita semua manalah terror memasak, kan?


 


Resepi : Salad Jambu Batu

1 biji jambu batu (lebih pun boleh, tak salah.)
2 biji epal hijau (merah tak digalakkan, nanti tiru warna blog plk...hehe)
secubit garam, gula
2 sudu besar jus limau nipis

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Jambu batu di parut kasar .
2. Epal hijau diparut kasar.
3. Satukan kesemua ini di dalam mangkuk besar
4. Taburkan dengan garam dan jus limau nipis .Sebatikan rasanya.
5. Taburkan gula sesuka hati ikut rasa sendiri
6. Simpan dalam peti sejuk . Enak dimakan begitu saja

Untuk hiasan agar nampak lebih kreatif, masukkan juga daun salad.
Smile!
aynora nur

Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

1 comment:

  1. Resepi nampak sempoi, memang meraban abis! Tapi klu buat mesti sedap, kan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.