Header Ads

AJL 26 : M Nasir Masih Unggul!


Advertisement
Salam semua,

Anugerah Juara Lagu Ke 26 Final malam tadi akhirnya merungkai teka teki siapakah layak bergelar juara dan seterusnya menjadi komposer terbaik dalam edisi kali ini.

Anugerah Juara Lagu 
** Sumber gambar : Budiey.com 

Nyata aura Sifu M. Nasir yang kini bergelar Datuk masih lagi relevan dalam pertandingan berprestij ini. Vokal hebat dari Hafiz nyata gandingan padu yang membuahkan kemanisan kemenangan dengan membawa pulang hadiah utama yang bernilai RM35,000.00 dengan lagu bertajuk Awan Nano! Hafiz juga bertahan untuk dua tahun berturut-turut sebagai pemenang vokal terbaik.

Bagi saya walaupun kemenangan M.Nasir tidak boleh disangkal lagi, tetapi alangkah manis juga kenangan malam tadi jika Aliyah dapat membawa salah satu hadiah utama. erm...nak buat macam mana tak ada nasib. Persembahan Aliyah mantap dan best, begitu juga dengan suaranya yang lemak merdu. Cuba lagi lain tahun, ok.

Berikut senarai penuh pemenang AJL 26 malam tadi. Sila tengok, jangan tak tengok! Haha...

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz (Ciptaan: M.Nasir, Lirik Buddhi Hikayat)
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara (Ciptaan: Kevin Chin, Lirik: Tinta)
Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir (Ciptaan: Faizal Tahir, Lirik: Audi Mok)
Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

Tahniah kepada semua pemenang. Yang kalah harap cuba lagi tahun depan.

Smile!
aynora nur

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.