Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Gereja Terbakar Ketika Upacara

Sebuah upacara keagamaan sempena tahun baru di Gereja Khatolik Saint Theresa di Nilai, yang pada awalnya berlangsung tenang, dikejutkan dengan jeritan seorang pekerja binaan, memberitahu rumah ibadat itu terbakar.

gereja-terbakar 




Kejadian yang berlaku jam 11.46 pagi itu menyebabkan majlis keagamaan yang dihadiri kira-kira 100 penganutnya itu tidak dapat diteruskan apabila masing-masing keluar menyelamatkan diri.

Menurut paderi gereja tersebut Raymond (53 tahun), beliau bersama penganut lain berada di gereja itu seawal jam 9 pagi untuk menjalankan upacara keagamaan sempena Tahun Baru. Ketika kejadian, mereka yang berada di dalam gereja baru sahaja selesai menjalankan upacara keagamaan dan sedang bersedia untuk jamuan minum.

Pihak bomba berjaya memadamkan api kira-kira jam 12.10 tengah hari dan siasatan awal mendapati api mula merebak dari sebuah stor menyimpan barang keagamaan terletak di bahagian belakang gereja. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM600,000.

Nasib baik ketika kebakaran berlaku tiada kemalangan jiwa dilaporkan cuma ada seorang penganut lelaki berusia 20-an terpaksa dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas ketika berusaha menyelamatkan barang di dalam stor berkenaan.

Smile,
(Allah Maha Mengetahui)
aynora nur


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close