Header Ads

Seminit Kita Berlagu, Ada Lagi Waktu...

 

Bisakah kau berubah? Masa berlalu hingga kita tak terkejarkan tetapi kau tetap sama. Begitu dahulu begitulah kamu sekarang. Teman, zaman sekarang memang mencabar, mari kita lewati hari mendatang dengan perubahan. Mungkin berdikit, mungkin merangkak tetapi yang penting kita berubah ke arah hidup positif.

Lewat minggu lalu, aku depani kenyataan. Kau hamburkan kata kata kecewa. Pada hidup dan masa depan. Kau hilang arah tujuan. Motivasi diri jatuh merundum. Kenapa teman? Apakah kau kehilangan lagi? Apakah kau belum serik menyulam gagal lalu kau ulangi silap yagn sama?

Aku dari jauh sekadar mampu berkata dalam hati. Mendoakan yang terbaik buatmu, agar kau lebih tabah mendepani sebarang musibah.


Aku pun pernah tewas sepertimu,
aynora nur, smile!

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

1 comment:

  1. biar perubahan dtg dari diri sendiri..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.