Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pendaftaran SPM Persendirian & SPM Ulangan 2013

As-salam,

Untuk makluman, bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM secara persendirian dan SPM Ulangan bolehlah mula mendaftar mulai sekarang iaitu daripada,

Pendaftaran SPM & SPM(U) Mulai 1 Mac 2013 - 31 Mac 2013


Nota Penting!!

* SILA PASTIKAN HANYA SATU DARI MATA PELAJARAN BERIKUT BOLEH DIAMBIL PADA SATU-SATU MASA IAITU KOD 2205, 2215, 9216 DAN 9217

*MATA PELAJARAN 1223 HENDAKLAH DIGUGURKAN SEKIRANYA CALON MENDAFTAR DUA MATA PELAJARAN BERIKUT IAITU KOD 5227 DAN 5228

*MATA PELAJARAN 1511 HENDAKLAH DIGUGURKAN SEKIRANYA CALON MENDAFTAR DUA MATA PELAJARAN BERIKUT IAITU KOD 4531, 4541 DAN 4551

* CALON YANG GAGAL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DIWAJIBKAN MENGAMBIL
SEMULA MATA PELAJARAN TERSEBUT

Semasa membuat pendaftaran, sila bawa dokumen berikut untuk rujukan:
  1. Salinan KP yang disahkan
  2. Salinan Slip SPM terdahulu (terkini!)
  3. Bayaran (bayaran berbeza ikut subjek cth Bah. Inggeris RM20.50, Matematik 10.50) hendaklah merujuk pada arahan terbaru yang telah keluar baru-baru ini (Mac 2013).
  4. Borang yang lengkap (boleh dapatkan percuma di kaunter Sektor Penilai & Peperiksaan - SPP) 

Borang-borang pendaftaran SPM boleh didapati daripada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Borang yang telah lengkap juga hendaklah di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. 

Buat masa ini belum ada pendaftaran secara online yang dibuat.

Maklumat umum pendaftaran SPM Ulangan 


PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2013

MAKLUMAT AM

1. TARIKH PEPERIKSAAN
BERTULIS: 11 JUN HINGGA 12 JUN 2013

ULKCP (Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian): Ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

2. SYARAT KELAYAKAN CALON

Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

3. BORANG PENDAFTARAN

Borang Pendaftaran boleh didapati di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon akan mengambil peperiksaan.

4. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

Pendaftaran bermula daripada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.

5. YURAN

(a) Calon dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.

(b) Bayaran yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.

6. PERTANYAAN

Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM(U) 2013 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.


Selamat memulakan langkah anda...belum terlewat.

Read More ....


Post a Comment

11 Comments

  1. masih boleh buat pendaftaran ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih boleh mendaftar hingga 31 Mac 2013. Selamat maju jaya

      Delete
    2. Bagi Calon yang perlukan bimbingan/coaching untuk BM/Math seeloknya dapatkan pusat2 tuisyen yang menawarkan kumpulan khas. Maknanya kelas tersebut terdiri daripada pelajar2 yang akan mengambil SPM-U sahaja agar tumpuan adalah ditahap maksimum.

      Kepada calon2 di Lembah Klang atau berdekatan dengan Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak KL anda boleh la mendaftar untuk kelas “coaching” atau bimbingan khas di Pusat Tuisyen Kesuma(terhad kepada purata 25 orang/kelas – kami buka 2 kelas shj), No. 23& 23A, Jln 6/23E, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL. Sila hubungi 03-40221232 atau sms 012-2385662(Cikgu Naza) atau www.ptkesuma.blogspot.com.

      Kami sedia membantu anda dgn pengalaman yg kami ada. Kami telah beroperasi selama 16 tahun di pasaran. Kami juga adalah Pusat Tuisyen Bertauliah (JPWP 388) daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL (JPWP-KL)

      Delete
  2. sampul surat yang yang berukuran 24x15 tu nak bli ktne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampul surat tu boleh beli kat kedai atau mana-mana pasaraya. Tulis nama dan alamat sendiri di luar sampul surat tu ya...

      Delete
  3. Bagi Calon yang perlukan bimbingan/coaching untuk BM/Math seeloknya dapatkan pusat2 tuisyen yang menawarkan kumpulan khas. Maknanya kelas tersebut terdiri daripada pelajar2 yang akan mengambil SPM-U sahaja agar tumpuan adalah ditahap maksimum.

    Kepada calon2 di Lembah Klang atau berdekatan dengan Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak KL anda boleh la mendaftar untuk kelas “coaching” atau bimbingan khas di Pusat Tuisyen Kesuma(terhad kepada purata 25 orang/kelas – kami buka 2 kelas shj), No. 23& 23A, Jln 6/23E, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL. Sila hubungi 03-40221232 atau sms 012-2385662(Cikgu Naza) atau www.ptkesuma.blogspot.com.

    Kami sedia membantu anda dgn pengalaman yg kami ada. Kami telah beroperasi selama 17 tahun di pasaran. Kami juga adalah Pusat Tuisyen Bertauliah (JPWP 388) daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL (JPWP-KL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanye sikit kalau nak daftar masih boleh lagi tak?

      Delete
  4. nak tanya sikit... smsa prgi exam , pakai baju mcm mana ?? bj bebas atau bj skolah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ikut pengalaman yg lepas, pakaian bebas tetapi sopan. untuk info lanjut boleh lawat website MPM, tq

      Delete
  5. Saya ingin tanya adakah pendaftaran bagi spm calon persendirian dibuka hanya pada bulan 3?Tiada bulan-bulan lain lagi kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya hanya dibuat sekali setahun iaitu pada bulan Mac, tetapi bergantung juga kepada pengumuman bahagian peperiksaan dan Jab. Pendidikan

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close