Berita Terkini Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar | Hentikan Fitnah!

aynora nur | 10 May, 2013,7:58 PM |
Advertisement
Berita Terkini Ketua Polis Negara Bersara Wajib | Hentikan Fitnah! | Selesai sudah PRU ke 13, kiraan undi pun dah selamat, yang menang pun sudah angkat sumpah jawatan masing-masing. Kita yang tinggal? Jangan pula sebarkan fitnah dan menambah kontroversi lagi. Pandang ke depan, muhasabah diri, bangkit semula dan buktikan yang kita juga mampu mengecapi kejayaan. Look and think positive!


- Petikan daripada FB PDRM - 

PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah.

Hakikatnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.

Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial. Ini juga adalah fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Adalah diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

(Ramli Bin Mohamed Yoosuf) ACP
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Polis Diraja Malaysia
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Berita Terkini Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar | Hentikan Fitnah!"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top