Enter your keyword

10 September, 2013

Cara Atasi Masalah Berdengkur

Cara Atasi Masalah Berdengkur - Ada bermacam gaya bunyi dengkuran dan kekadang ia agak menganggu tidur jika pasangan kita sering berdengkur ketika tidur. Biasanya, dengkuran berlaku bila kita terlalu penat seharian bekerja.




Berdengkur adalah suara yang dihasilkan apabila seseorang bernafas (biasanya dihasilkan ketika menarik nafas) semasa mereka tidur. Hal ini menyebabkan getaran di lelangit lembut dan uvula (benda yang tergantung di bahagian belakang tekak).

Kenapa berdengkur?

Ada macam-macam sebab kenapa kita berdengkur ketika tidur. Antaranya:

Gaya Hidup - Ternyata gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kita berdengkur. Cuba periksa apakah gaya hidup kita sihat atau tidak dan ubahlah gaya hidup kita tersebut menjadi lebih baik.

Lebih Berat Badan - Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan tiroid sehingga menyumbang kepada berdengkur. Dengan menurunkan berat badan, mungkin ia dapat mengatasi dengkuran yang terjadi.

Merokok - Selain merokok punya kesan buruk bagi jantung, merokok juga boleh menghalang jalan nafas, pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan penyumbatan kecil di paru-paru. Berhentilah merokok jika ingin mengatasi dengkuran yang terjadi.

Pengambilan Alkohol - Peminum alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan relaksasi saluran nafas selama tidur serta membuat suara dengkuran semakin keras.

Masalah perubatan - Gangguan perubatan apapun yang menyebabkan penyumbatan hidung, tekak atau paru berpotensi menyebabkan dengkuran. Selain itu adanya gejala diabetes atau hipotiroid pun berpotensi menyebabkan dengkura.. Jadi tentu saja untuk mengubati dengkuran tersebut iaitu dengan mengubati masalah perubatan itu sendiri.

Pola Tidur Tidak Stabil - Tidur yang tidak seimbang boleh menyebabkan perkembangan ketidakstabilan pernafasan yang signifikan saat tidur sehingga mencetuskan dengkuran. Untuk itu usahakan pola tidur yang teratur dan tidak terjaga beberapa kali ketika tidur malam.

Cara Atasi Masalah Berdengkur

  1. Tidur mengiring dan tinggikan sedikit kepala menggunakan bantal
  2. Pakai jalur hidung (nasal strip) untuk membolehkan lubang hidung anda terbuka luas. Jalur hidung ini boleh di dapati di farmasi.
  3. Berhenti meminum alkohol dan jika anda merokok, berhentilah. Alkohol dan rokok adalah pencetus dengkur. Semua pakar bersetuju bahawa terlalu banyak meminum alkohol dan merokok akan membahayak bayi dalam kandungan. 
  4. Sentiasa amalkan pemakanan sihat
  5. Bersenam dengan kerap.  
Semoga maklumat di atas memberikan manfaat kepada kita yang menghadapi masalah berdengkur ketika tidur. Namun begitu, kita digalakkan mengamalkan cara hidup sihat untuk menghilangkan gejala berdengkur waktu tidur tersebut.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.