Intipati Bajet 2014 | Bajet Realistik?

aynora nur | 27 October, 2013,1:17 PM |
Advertisement
Intipati Bajet 2014 | Bajet Realistik? - Bajet atau Belanjawan 2014 telahpun selamat di bentangkan di parlimen buat tatapan umum. Tetapi apakah pendapat anda dengan pembentangan yang telah diketahui umum itu? Jom kita tengok sedikit ulasan dan intipati bajet 2014 ini sebagai maklumat bersama.



Intipati Bajet 2014


BR1M


- Dari RM500 ke RM650 bagi isi rumah bawah RM3,000.
- Bujang 21 tahun ke atas pendapatan tidak melebihi RM 2,000 naik daripada RM250 ke RM300
- RM450 diberi  kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000.

BONUS


- Penjawat awam menerima bonus setengah bulan gaji, mininum RM50 pada januari depan.
- Persara kerajaan akan diberi bantuan khas kewangan RM250

GST


- berkuatkuasa 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus yang terendah dalam kalangan negara Asean.

GULA


- Subsidi gula dikurangkan 34 sen berkuatkuasa hari ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan.

CUKAI


- Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan berkuatkuasa 2014
- Pelepasan cukai RM2,000 bagi pendapatan RM4,000 hingga RM8,000

RUMAH


- RM1 billion untuk PR1MA bina 80,000 unit rumah; Syarikat Perumahan Negara Berhad  bina 26,122 unit rumah mampu milik
- Kategori rumah mesra rakyat dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,00 sebuah dengan kerajaan beri subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit

PENDIDIKAN


- Kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untik mendapat subsidi yuran taska sektor am RM180 sebulan



Sebagai tambahan, saya kongsikan dari utusan online lain-lain peruntukan untuk menjana ekonomi negara, jika ianya dikatakan begitu lah...

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_31/Intipati-Bajet-2014#ixzz2iyELZDfN
© Utusan Melayu (M) Bhd


  Menurut beberapa pendapat pakar, belanjawan kali ini dilaksanakan untuk kesan jangka panjang kepada ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Malah belanjawan kali ini dilihat memberi kesan kepada defisit berimbang secara realistik kerana ia memberi penekanan kepada pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.

Pada pendapat saya, belanjawan kali ini pun ada kekurangannya. Bagi kami pekerja swasta yang terletak dalam kategori golongan pertengahan yang hidup dan tinggal di bandar-bandar besar, pendapatan isi rumah RM8,000 pun belum membolehkan kami hidup dengan selesa memandangkan segala kos hidup meningkat. Bermula dengan kenaikan harga petrol, harga barangan makanan, kos sewaa rumah yang mencanak-canak dan juga kos pendidikan tambahan seperti tuisyen dan buku-buku yang semuanya bukan percuma...

Jadi, saya ingin menyatakan bahawa pemansuhan subsidi seperti subsidi gula, kurang dipersetujui oleh ramai pihak kerana ia akan memberi banyak kesan antaranya terpaksa meningkatkan peruntukan isi rumah. Lepas ini mesti harga makanan dan minuman akan meningkat.

Saya faham bahawa kita tidak boleh berterusan mengharapkan bantuan kerajaan tetapi jika mahu membuat perubahan taraf hidup dan berdikari, kerajaan haruslah memulakannya dengan kakitangan kerajaan terlebih dahulu. Kerana kami pekerja swasta sudah lama seperti di anaktirikan tetapi masih setia menyokong kerajaan bila masanya diperlukan.

Renung-renungkanlah wahai pemimpin atasan...

Daripada sedikit ulasan dan senarai intipati bajet 2014 di atas, adakah anda rasa bajet 2014 yang orangramai juga menggelarkan 'bajet poket kosong' bersifat realistik kepada semua atau segelintir sahaja? Tepuk dada tanya akal & minda...  
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Intipati Bajet 2014 | Bajet Realistik?"

budget yang plain. banyak yang tak relevant..so susah nak kata realistik. 50:50 kot..

masih ada yang perlu dibantu, golongan yang betul2 memerlukan dan rasa tidak dilayan dgn adil..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top