Resepi Kerabu Mangga Muda

Resepi Kerabu Mangga Muda - Pernah tak korang makan kerabu mangga muda? Tak pernah? Kalau sesiapa pernah merasai kerabu mangga ni, mesti tak cukup sekali makan, kan? Oleh kerana ada sahabat yang memberi beberapa biji mangga yang masih muda, jadi saya bercadang nak buat kerabu mangga. In sha allah, rasa masam hilang bila mangga telah dicampur dengan bahan-bahan tambahan...

Resepi Kerabu Mangga Muda




Bahan-bahan:

5 biji mangga muda dihiris halus
6 biji cili padi dihiris bulat
1 sudu makan kacang tanah digoreng dan ditumbuk
1 sudu makan udang kering ditumbuk halus (kalau tak nak tak apa)
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam halus
1biji bawang besar dimayang

Cara-cara membuatnya:-

1. Masukkan mangga yang sudah dihiris ke dalam satu mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.
3. Kacang tanah yang sudah ditumbuk ditabur di atas kerabu tadi
4. Sedia untuk dihidangkan

Mudah kan caranya? Dan, inilah salah satu mangga muda yg saya dapat tu...hihi..




2 comments:

  1. lecur air liur ni..tu baru tengok gambar..hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhihi...boleh buat sendiri, senang je. Memang sedap..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.