Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea Birth Secret

Drama Korea Birth Secret - Para peminat drama korea bertemakan kekeluargaan pastinya telah menonton drama korea Wonderful Mama yang sudahpun berakhir. Tapi kali ini saluran ONE HD 393 membawakan pula drama baru yang bertajuk Birth Secret.




Drama Birth Secret akan ditayangkan pada pukul 7:40 malam, setiap hari Isnin - khamis, di saluran Astro ONE HD.

Info drama Birth Secret:

Tajuk: Birth Secret
Genre: Keluarga, Melodrama, Romantik, Komedi
Episodes: 18
Penyiar: SBS
Bahasa: korea

Sinopsis Drama Korea Birth Secret

Berusia 27 tahun, Jung Hyun Yi (Sung Yu Ri) mempunyai latar belakang yang dicemburui iaitu dia seorang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai IQ genius. Dan ternyata anak perempuannya Hong Hae Deum (Kal Jadi Won) adalah seorang yang pintar juga.

Sebaliknya, suaminya Hong Kyung Doo (Yoo Joon Sang) adalah seorang yang kurang pendidikan, tetapi cinta mereka amat luhur dan tanpa syarat dan juga kuat. Hinggalah pada satu keadaan Yi Hyun kehilangan memorinya untuk sepuluh tahun yang lalu. Dia dikesan mengalami amnesia songsang. Ketika dia bergelut untuk memahami bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan seorang lelaki yang miskin dan tidak berpendidikan iaitu Kyung Doo, Yi Hyun mengingati semula pertemuannya yang trauma yang pernah membawa mereka bersama-sama. Bolehkah Kyung Doo sekali lagi membuktikan kepada isterinya bahawa cinta mereka adalah benar-benar kuat dan tidak memandang kepada pendidikan dan status?

Jadi, secara ringkasnya Jung Yi Hyun (Sung Yu Ri) hilang ingatan tentang suami dan anak mereka, Hong Gyung Doo (Yoon Joo Sang) dan Hae Deum (Kal So Won) kerana amnesia. Dia hilang ingatan dalam tempoh usianya antara 17 - 27 tahun.

Sementara itu, Lee Sun Young (Lee Jin) akan memegang watak sebagai kawan baiknya ketika di kolej manakala Park Soo Chang (Kim Young Kwang) sebagai bekas kekasih Yi Hyun.

Dibintangi oleh:
  • Yoon Joo Sang as Hong Kyung Doo
  • Sung Yu Ri as Jung Yi Hyun
  • Kim So Hyun as as Jung Yi Hyun (young)
  • Kal So Won as Hong Hae Deum
Selamat menonton, semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close