Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Pelbagai Jawatan

aynora nur | 27 November, 2014,11:52 AM |
Advertisement
Contoh-contoh surat berhenti kerja yang akan saya kongsikan adalah antara koleksi peribadi dan ada juga yang saya ambil dari sumber internet. Untuk berhenti kerja juga kena ada tatacara, tidak boleh cabut macam itu je...

Imej dan personaliti yang baik akan menjadikan kita lebih disenangi oleh bos atau rakan-rakan sekerja. So, sebelum anda berhenti kerja, hantar surat berhenti kerja yang ringkas dan padat. Tak perlu hendak memaki hamun bekas majikan kita. Okey!!


Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Pelbagai Jawatan

Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Pelbagai Jawatan


1) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Pekerja Sementara:


Tarikh: 24 November 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Pengurus,
Senang Hardware Sdn. Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

PER: NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya AYNORA NUR BINTI ABDULLAH ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu mulai 24 Disember 2014.

2. Untuk makluman tuan, tujuan saya ingin berhenti kerja adalah kerana telah mendapat tawaran menyambung pelajaran di sebuah IPTA.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini. Sekian, terima kasih

Yang benar,


……………………………………………
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)
NO I/C: 123456-78-9090




2) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Perkeranian:


Tarikh: 24 November 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Pengurus,
Senang Hardware Sdn. Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI KERANI PENTADBIRAN

Perkara di atas dirujuk.

Adalah saya seperti nama di atas memberikan notis perletakan jawatan satu (1) bulan berkuatkuasa dari tarikh surat ini.

Saya ingin meletakkan jawatan kerana masalah peribadi.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat dan kakitangan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang dua tahun saya bekerja di syarikat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


...............................................................
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)
NO K/P: 123456-78-9090



3) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Pegawai:


SULIT & PERSENDIRIAN

Tarikh: 24 November 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Pengurus,
Senang Hardware Corporation Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI AKAUN


Saya dengan ini secara rasmi ingin meletakkan jawatan sebagai Pegawai Akaun di Senang Hardware Corporation Bhd. Saya telah mendapat tawaran dan peluang pekerjaan baru dengan sebuah syarikat yang lebih dekat dengan tempat tinggal dan telah menerima tawaran tersebut.

Tarikh akhir saya bekerja sebagai Pegawai Akaun adalah pada 31 Disember 2014.

Selama bekerja di syarikat ini saya telah berpeluang menimba pengalaman berharga, kakitangan yang dedikasi dan menambahkan pengetahuan saya dalam bidang perakaunan.

Segala kerjasama dan sokongan pihak pengurusan selama ini amat saya hargai. Sila maklumkan kepada saya jika pihak syarikat memerlukan bantuan sebelum perkhidmatan saya berakhir dalam beberapa minggu ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


................................................................
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)
NO IC: 123456-78-9090


4) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Pengurus:


SULIT & PERSENDIRIAN

Tarikh: 1 Disember 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Vice President,
Senang Hardware Corporation Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

Tuan Vice President,

PER: NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGURUS PEMASARAN 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin meletakkan jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di Senang Hardware Corporation Bhd. Tarikh akhir saya sebagai Pengurus Pemasaran adalah pada 1 Februari 2015.

Saya amat menghargai segala peluang, sokongan dan bantuan profesional yang diberikan oleh pihak pengurusan sepanjang saya bekerja di syarikat ini.

Semoga syarikat lebih maju pada masa hadapan.

Yang benar,


...............................................................
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)
NO IC: 123456-78-9090 




Anda boleh 'copy dan paste' contoh-contoh surat di atas sebagai rujukan atau memudahkan anda menulis surat berhenti kerja. Ada sesetengah surat rasmi yang bernombor seperti Contoh Surat 1. Ini biasanya digunakan di dalam jabatan kerajaan.

Bagi kakitangan swasta, anda boleh menulis berdasarkan perenggan demi perenggan bagi memisahkan cerita atau sebab yang hendak disampaikan. 

Anda tidak perlu menuliskan sebab musabab untuk berhenti kerja, tetapi jika dinyatakan adalah lebih bagus. 

Semoga bermanfaat. Sebarkan info, sebarkan bahagia.    
Tag : Tips Kerjaya
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
12 Komen untuk "Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Pelbagai Jawatan"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top